Drive kat Jeju? Ikuti tips ini!

Bila cakap ke Korea Selatan, mesti ramai yang dah ke Seoul. Tempat wajib tu. Destinasi kedua adalah Busan. Dan paling latest ramai selalu pergi adalah Jeju. Malah pada Oktober 2017, AirAsia X telah mengumumkan Jeju, Korea Selatan sebagai destinasi terbaharu dengan penerbangan terus 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke pulau indah Jeju.

Jeju memang cantik, tenang dan lokasi ideal buat yang nak bercuti dengan family, friends even pasangan tercinta. Tetapi di Jeju tiada train macam di Seoul. Bas and teksi antara option pengangkutan awam. Ramai je pelancong drive sendiri di sana. Sewa je kereta.

Image result for drive gif

Sebelum sewa kereta

Apabila anda dah decide untuk drive sendiri di Jeju, first thing yang perlu dilakukan adalah buat International Driving License (IDP) sebab ia diperlukan untuk anda memandu di Korea Selatan. Mudah je nak buat IDP ni, bawa MyKad, Lesen, 1 keping ukuran passport dan RM150 ke mana-mana cawangan JPJ. IDP ni valid setahun.

Sumber: Laman web JPJ


Tapi kena pastikan lesen masih valid untuk tempoh 1 tahun, kalau kurang, boleh renew lesen sekali. Kalau nak wakilkan ke orang lain pun takde masalah. 10 minit boleh settle. Pantas.

Then apabila IDP dah ada, boleh start cari kereta sewa di Internet. Ada banyak company sewa kereta di Jeju antaranya Lotte Rent Car, AJ Rent Car, Axis dan banyak lagi.

Anda boleh compare harga dekat website dan pilih yang terbaik. Tips semasa pilih kereta, pastikan anda ambil full coverage insurance in case berlaku accident. At least insurance cover kalau ada apa-apa berlaku. Dan pastikan dan ambil GPS sekali. GPS ni free je. Senang korang nak bergerak ke mana-mana dan jangan risau GPS ni ada bahasa English dan mostly accurate.

Menurut perkongsian seseorang yang pernah sewa kereta di Jeju, beliau menyewa Kia Morning & Peugeot Spark. Sewa untuk sehari dalam RM100 lebih.


Dah pilih kereta, sebelum confirm kan booking tu, korang kena make sure method payment kereta sewa tersebut. Macam kitorang haritu booking dekat Lotte Rent, hanya credit card sahaja yang diterima untuk payment.


Once dah confirm, jangan lupa print booking form tu okay.

Semasa ambil kereta sewa

Lepas dah keluar dari Jeju International Airport, mostly semua penyewa kereta akan diminta ke kaunter di Gate 2 (refer information ni dari kereta sewa korang), dorang akan inform perlu naik shuttle bas. Free je shuttle bas ni dan jarak dari airport sangat dekat, dalam 10 minit perjalanan je.

Once dah sampai di tempat rental car, settlekan payment dan semasa ambil kereta sila check kereta anda pastikan dalam keadaan ok. Selalunya, mereka cakap kalau amik full coverage tak perlu check pun tapi sekadar untuk kepuasan hati, anda check sahaja. At least kita tahu condition kereta tu masa kita terima dalam keadaan baik atau tidak.


Then masa amik kereta tu boleh lah tanya macam mana nak guna GPS atau function2 yang lain yang tidak familiar.


Tips mudah untuk drive di Jeju:

  • Masukkan phone number selain address pada GPS anda. Sebab GPS boleh detect lokasi destinasi hanya dengan masukkan phone number sahaja.
  • Drive di Korea berbeza dengan Malaysia, jangan lupa di Korea adalah left handed driving hehe. Mula-mula mungkin akan kekok tapi Insya Allah lama-lama ok. Yang penting focus.
  • Drive di Jeju especially di kawasan bandar sangat banyak speed camera. Dan normally speed limit hanya 40-70 km/j. Jangan pula anda speed ya.
  • GPS akan bagi alert beberapa ratus meter sebelum area speed camera. So korang slow down dekat area tu. Jangan berani nak langgar tau, kena saman nanti.

Ketika pulangkan kereta sewa

Sebelum pulangkan kereta, sila pastikan korang isi balik minyak penuh seperti yang anda dapat ketika anda sewa kereta. Mereka memang akan bagi kereta sewa dalam keadaan minyak penuh. Ada banyak stesen minyak di Jeju, cuma semasa nak isi minyak sila pastikan gas atau diesel bergantung kepada jenis kenderaan korang.

Kemas sikit kereta tu dan boleh pulangkan di tempat korang sewa kereta. Dah pulang kereta, korang boleh naik balik free shuttle bas tadi untuk ke airport.

Anda akan return it to the same location from where you received your car. Sometimes, the rental company will ask you for your rental contract to verify information, so make sure you put it somewhere safe! 

Upon returning your vehicle, the shuttle bus will drive you back to the airport. Make sure you schedule in plenty of time for finalizing paperwork, vehicle inspection and shuttle bus ride back to the airport!

Nota: Sebahagian daripada maklumat dan gambar yang digunakan adalah milik Norul Aswin Norzain. Raja Cuti telah medapat kebenaran daripada beliau terlebih dahulu sebelum menyiarkannya.

#RCLocalSecret