Passport ngan tiket ke Bali dah settle. Yeay! Oh ya, pasal eksaited sangat sampai lupa nak share hotel detail. Pakej Kembara Raja Cuti tu dah termasuk hotel sekali. Standard twin sharing ngan breakfast. So part nak tidur kat mana tu dah tak payah risau. Hotel yang disediakan pun tak lah jauh sangat dari Kuta. Kalau nak check out hotel yg kitorg duduk nanti boleh klik https://www.solaris-hotels.com/
Kalau tak nak kelam kabut, boleh buat list macam kat atas tu. Bila dah ada, jgn lupa tick untuk pastikan list tu sentiasa up to date.
Okay, kitorg dah senarai pendekkan tempat-tempat untuk aktiviti bebas kat Bali. Pening jugak, masing-masing ada idea sendiri. ? Tapi 2 tempat yang memang kena check out ialah Waterbom dan Bali Swing. Waterbom tu salah satu taman tema yang femes kat Indonesia dan yg paling extreme sekali kat Asia. Water slide dia peerrghh! Kalau ikut Google Map, tempat tu 15 min je jalan kaki dari hotel kitorg. Memang cantekkk. dalam 15 minit jalan kaki.
Tempat lain dalam senarai termasuk Garuda Wisnu Kencana, Bird Park dan Bali Zoo. Garuda Wisnu Kencana ni salah satu statue yang terbesar di Indonesia dan ofcoz tempat wajib kena pergi bila sampai Bali. Tempat ni dengan hotel kitaorg dalam 25 minit naik kereta. Okay la kan, tak jauh jugak tu!
Selain itu, taman burung kat Bali. Salah satu tempat tarikan di Indonesia, taman yang berkeluasan 2 hektar ini, dan menempatkan hampir 1000 burung eksotik yang bukan sahaja dari Indonesia, malahan dari seluruh dunia. Tempat ini dianggarkan 50 minit naik kereta. So tak tahu la yang ni sempat pergi ke tak haha Tapi takpe! Kita masuk je dalam list ? Macam tu jugak dengan Bali Zoo. Agak jauh sedikit lebih kurang dalam 55 minit naik kereta tapi tengok tempat dia mcm best je hahah
Aduhaiiii godaan betul! Rasa mcm semua tempat la nak pergi ? Last sekali dalam list ialah Bali Swing. Tapi siapa yang gayat tu better takyah la ye heh. Hopefully sempat la nak cover semua tempat ? Berangan tak salah kan uhukkss. Now, kitorg tgh busy nak buat persiapan barang-barang dan juga details lain yang kena ada sebelum ke Bali. Nak tahu tunggu posting akan datang ok.