Casio x Café Kitsuné Bawa Vibe Matcha Ke Pergelangan Tangan

0 Comments

Matcha adalah flavor yang menjadi perhatian sekarang terutamanya dalam kalangan golongan muda. Bukan sahaja dalam bentuk latte, kek atau dessert malah warna hijau matcha ini pun nampaknya semakin mencuri perhatian dalam dunia fesyen. 

Casio kini bekerjasama dengan Café Kitsuné iaitu sebuah jenama Franco-Jepun yang cukup dikenali dengan gabungan budaya Jepun dan sentuhan Paris yang effortless. Hasil kolaborasi ini hadir dalam bentuk jam tangan edisi terhad yang menampilkan warna hijau matcha sebagai tarikan utama.

Memperkenalkan AQ-230ECK-3A, model ikonik Casio dengan reka bentuk kecil dan berbentuk rectangular yang diberi nafas baharu menerusi dial berwarna hijau matcha. Ringkas, klasik tetapi ada sedikit kelainan yang buat jam ini nampak lebih menarik apabila dipakai.

Bukan setakat warnanya sahaja yang diberi sentuhan khas. Ikon musang Café Kitsuné turut menghiasi bahagian atas paparan digital pada dail, manakala logo Café Kitsuné pula diukir pada bahagian belakang jam dan clasp.

Kolaborasi ini juga cukup sinonim dengan identiti Café Kitsuné yang terkenal dengan pengalaman menikmati kopi berkualiti dalam suasana yang santai, mesra dan bersifat antarabangsa. Sejak ditubuhkan pada 2013, Café Kitsuné kini mempunyai 32 kafe di beberapa bandar seperti Tokyo, Paris, Seoul, Bali dan Beijing, sekali gus menjadikannya antara nama yang cukup dikenali dalam dunia specialty coffee.

Tiada lagi tarikh rasmi untuk jam Casio x Café Kitsuné AQ-230ECK-3A ini akan dilancarkan di Malaysia. Namun, berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman web rasmi Casio, jam tangan ini disenaraikan pada harga RM499.


Leave a Reply

Your email address will not be published.