Korang pernah tengok tak filem Maleficent atau Lord Of The Rings? Lokasi pemngembaraan filem yang dipenuhi kehijauan hutan yang diselami dengan feeling mistik membuatkan kita rasa di alam fantasi.
Hutan Berlumut
atau lebih popular sebagai Mossy Forest tidak ubah seperti anda memasuki
terowong masa ke alam yang digambarkan dalam filem Alice in Wonderland.
Hutan Mossy Gunung Brinchang atau Mossy Forest,
Cameron Highlands ini mula-mula nampak macam seram tapi kalau anda pencinta
kehijauan, anda pasti suka.
Sambil anda
menghayati suasana kabus tebal dengan cuaca sejuk di sana, percayalah, anda
mesti tak rasa nak balik. Ketenangan di sana jauh berbeza dengan bandar yang
penuh sesak dengan kereta.
Mossy Forest seluas 914 hektar ini merupakan
satu-satunya titik tertinggi di Semenanjung Malaysia yang boleh diakses dengan
kenderaan.
Rupanya, tempat ni dulu pernah dijadikan sebagai lokasi pengambaran filem Puteri Gunung Ledang pada 2004. Kaki hiking, mesti tahu tempat ni.
Kalau tak nak mendaki pun takpe, anda boleh
jungle trekking dengan bantuan 4WD dan ke sana dengan bantuan jeep pemandu
pelancong, menaiki platform kayu sepanjang 150m yang disediakan oleh Jabatan
Hutan Cameron Highlands.
Ada dua option untuk ke sana sama ada dengan
kenderaan sendiri atau pakej pelancongan. Tetapi sebab jalan yang sempit,
mendaki dan cukup sukar, kebanyakan pemandu selalunya akan patah balik di separuh
jalan kerana pemanduan yang sukar dan papan tanda yang kurang.
Actually, jalan ke Mossy Forest ini melalui
jalan yang sama ke Ladang Teh BOH Sungai Palas tetapi lepastu, anda akan
melalui satu laluan lain di pertengahan jalan.
Ni nak ingatkan, jangan lupa pakai kasut dan
pakaian yang sesuai untuk masuk ke hutan kerana confirm akan bakal basah dan
berlemut.
Jangan terkejut, ada orang sanggup datang dari jauh untuk buat wedding photoshoot dekat sini ya. Korang yang nak kahwin tak lama lagi, bolehla photoshoot di sini juga.
#RCTheGreatest