Korang, suka makan pasta tak? Kalau kat restoren Itali tu kekadang sampai tak tahu kan nak order apa. Restoren Itali sangat, padahal kat Pizza Hut je. Opps.
Penin tau nak decide sama ada nak order Spaghetti Bolognese ke, Carbonara or Aglio Olio? Mana satu yang best ni? Semua nak! Order semua la.
Sumber: Kitchen Sanctuary
Sama je situasi bila nak memasak, mesti susah nak decide nak masak pasta apa. Mac and Chese pun sedap. Lasagna too. Haihh.
Sumber: Taste
Tapi kan sebenarnya ada orang beritahu bahawa cara kita makan pasta ni salah la. Aik, boleh ada cara betul dan salah pula ya? Alamak. Habis tu nak makan macam mana?
Ni ha, blogger makanan Itali, Natalie Kennedy dari Rome dah sound dah. You’ve been eating pasta wrong! Katanya. Hah. Terkezut tak?
Ok, berikut adalah kesalahan dalam memasak & memakan pasta yang Sis Natalie tu tegur:
- Pakai garfu je sis
Nak makan pasta tak perlu sudu, pisau semua itu. Garfu sudah cukup.
So, take your garfu and pintal-pintal spageti tu settled. Mmm dapnya.
- Jangan patahkan spageti sebelum rebus
Memang diakui we tend to patahkan spageti sebab saiz dia yang panjang. Kang separuh spageti je masak pulak kan? Macam mana pula? Tapi dah orang Itali kata salah. Baiklah.
- Makan pasta dalam jumlah yang banyak
Sumber: AskIdeas
Sebenarnya kan, pasta boleh dijadikan sumber diet yang sihat. You nak makan hari-hari pon boleh. Tapi kena hadkan saiz hidangan kepada kira-kira 100g setiap orang. Dan topping tu pun kena cover la sikit, jangan letak cheese parmesan senggegam. Bahaya tu nanti.
- Jilat pinggan sehingga licin
Ha yang tu pun NO, NO, NO. Tapi nak buat macam mana, sos Bolognese tu sedap. Bazir je kalau buang kan. Ya tak ya? Boleh nak licinkan pinggan. Tapi don’t jilat pinggan. Uols just gunakan sudu dan bakinya dibersihkan dengan roti. Simple!
So korang rasa nak ubah ke cara makan & masak pasta lepas ni? Kita bedal je la ea. You do you konsepnya. Aaa gittew!
#RCLocalSecret