Portugal adalah sebuah negara kecil, tetapi terdapat banyak tempat yang indah untuk dilihat di dalamnya. Landskap yang menawarkan pelbagai jenis tarikan seperti pantai berpasir dan padang rumput ke hutan dan gunung yang padat.
Salah satu cara terbaik untuk melihat banyak tempat menarik dalam tempoh masa yang agak singkat adalah dengan mengambil tour guide Portugal. Kalau sewa kereta di lapangan terbang di Lisbon dan merancang sekurang-kurangnya lima hari untuk meneroka tempat menarik pasti takkan cukup.
Berikut merupakan 5 tempat menarik yang korang boleh pergi berjalan sambal menikmati keindahan Portugal.
Lisbon
Korang yang dating dengan flight kemungkinan besar akan mendarat di Lapangan Terbang Portela di Lisbon. Jadi di sini korang akan memulakan perjalanan menjelajah Portugal.
Lisbon merupakan andar terbesar di Portugal serta ibukota negara. Kalau nak betul-betul jelajah bandar ni, korang perlu tinggal disini selama 2 malam, baru lah cukup masa.
Cascais
Dari Lisbon, korang boleh teruskan perjalanan menyelusuri pantai sebelum tiba di bandar pantai Cascais. Hanya kira-kira 30 minit dari Lisbon, Cascais pernah menjadi bandar nelayan dan percutian untuk royalti Portugis.
Hari ini, ia merupakan resort tepi pantai yang penuh dengan hotel, pusat membeli-belah, rumah-rumah besar, muzium dan banyak lagi.
Sintra
Sebuah bandar yang berbukit dengan bangunan-bangunan yang berwarna-warni, Sintra kelihatan seperti sesuatu dari kisah dongeng.
Istana Negara dan Istana Pena, struktur agung yang naik dari bukit curam, adalah tarikan utama disini.
Istana-istana lain, istana Moor, dan rumah-rumah besar melengkapkan pemandangan indah di Sintra.
Beberapa taman, biara, dan muzium, terutama Muzium Arkeologi Sao Miguel de Odrinhas, juga mampu memeriahkan perjalanan korang.
Peniche
Portugal mempunyai banyak pantai yang indah, dan salah satu bandarnya adalah Peniche.
Disini korang dapat menyaksikan dan menikmati pemandangan pantai serta makanan laut yang sedap dan fresh.
Obidos
Bandar zaman pertengahan Obidos yang berdinding purba pasti memberi satu pengembaraan kepada setiap para pengunjung.
Dahulu, Raja Denis memberikan kota kepada ratu sebagai hadiah pernikahan.
Pekan yang mempesonakan penuh dengan jalan-jalan sempit dihiasi dengan bangunan-bangunan lama.
Sudah tentu, Obidos juga mempunyai istana, yang kini menempatkan Pousada yang elegan, atau hotel warisan mewah.
Jadi, ternyatalah korang boleh pusing Portugal dan berada di tempat menarik dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, korang dapat belajar sejarah dan budaya Kawasan tersebut.
Tak salahkan kalau kita melancong sambal belajar?
#RCLocalSecret