Kaki travel pasti pernah sampai ke bumi England yang dianggap sinonim dengan tempat bercuti samada dengan tersayang mahupun ahli keluarga.
Jelas tempat yang dikatakan wajib pergi sekiranya di England , pasti ramai akan memilih London, Liverpool atau Manchester yang lebih terkenal berbanding lokasi lain di negara itu.
Ini juga termasuklah Oxford yang terletak di Oxfordshire, Tenggara England, yang rata-rata menganggap tempat berkenaan sebagai satu bandar university yang menempatkan university tertua dunia, University of Oxford.
Malah jangan tak tahu, Oxford juga adalah lokasi komunikasi bahasa Inggeris tertua di dunia!
Jadi korang kena masukkan Oxford dalam bucket list korang, dan perlu tahu beberapa sebab yang mampu membawa korang bercuti di sini.
1. Fakta sejarah
Oxford terletak di Oxfordshire yang mengambil masa dua jam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow jika menaiki bas.
Dianggarkan seramai 165,000 menetap di bandar itu, manakala 151,000 orang tinggal di antara sempadan daerah di mana Sungai Cherwell dan Sungai Thames yang merentas Oxford.
2. University of Oxford boleh dilawati
Oxford adalah sebuah bandar universiti dan rugi jika tidak mengambil peluang untuk melawat sekitar kawasan pusat pengajian tinggi yang dilengkapi 39 kolej itu.
Antara kolej yang patut dilawati termasuk All Souls, Magdalen, St. Cross dan St. Edmun Hall selain Said Business School. Ia dibuka kepada umum pada pukul 2 petang setiap hari.
3. Bodleian Library, Oxford Botanic Garden
Terdapat banyak tempat menarik dan unik di sekitar Oxford termasuklah University Church of St. Mary the Virgin, Christ Church Cathedral, Blackwell’s Bookshop, Bodleian Library dan Oxford Botanic Garden.
Keindahan seni bina dan lanskap pasti membuatkan gambar yang bakal dimuat naik di laman sosial kelihatan mengagumkan.
4. Jangan risau tentang makanan halal
Buat bakal pengunjung, usah bimbang tentang makanan halal kerana ia mudah didapati di sekitar Oxford termasuk restoran masakan Timur Tengah.
Jika ada yang teringin hendak makan fast food seperti KFC dan Nandos – terus ke Cowley Road kerana ia cawangan yang hanya menyediakan makanan halal.
5. Syurga beli belah!
Buat kaki shopping, Oxford bukan sahaja kaya dengan seni bina dan landskap tetapi terdapat pelbagai kedai cenderamata yang unik – pilihan penulis sudah tentu di The University of Oxford Shop serta Flaggs kerana harganya berpatutan.
Bagi yang ingin membuat pembelian berhemat, Primark dan Westgate mempunyai pelbagai barangan termasuk wangian, alat solek serta pakaian yang wajib dibeli untuk diri sendiri serta hadiah buat keluarga serta kenalan.
6. Kemudahan pengangkutan efisien
Jika ingin ke Oxford dari London, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas seperti Oxford Tube atau pun X90. Paling best terdapat akses wifi percuma serta soket mengecas telefon.
Jadi dah bersedia ke belum untuk teroka Oxford ? Jom jadikan tahun 2020 sebagai tahun travel dunia. Ayuh semua.
Kredit : Mstar
#RajaCuti
#RCLocalSecret
#Oxford
#England