Budak Subang Jaya memang ada gaya. Macam hari-hari hari raya. Eh ternyanyi pula! Budak Subang Jaya tahu tak apa aktiviti dijalankan dekat situ dulu? Subang Jaya adalah bandar kecil di daerah Petaling, Selangor. Petempatan di Daerah Petaling bermula sebagai kawasan perlombongan bijih timah. Peneroka-peneroka awal mendapati kawasan ini mempunyai prospek untuk berkembang walaupun pada masa itu kawasan ini masih dipenuhi hutan belantara. Kawasan Petaling di mana aktiviti perlombongan bijih timah ini dijalankan dikenali sebagai Petaling Tin yang meliputi kawasan-kawasan seperti Sungai Way, Subang Jaya dan Puchong. Haaa, mesti anda baru tahu kan?
Ok enough with sejarah. Artikel ini sebenarnya nak menyenaraikan 5 kedai yang menjual sate sedap di Subang Jaya. Tiberrr.
- Pizza vs Satay
Terletak di kawasan kejiranan di USJ 11, Subang Jaya, Restoran Pizza vs Satay menawarkan pelbagai jenis sajian yang pastinya mampu membuka selera anda. Sesuai buat pasangan atau ahli keluarga yang sorang tu suka sate tapi yang sorang tu nak makanan western pula.
Tengok sate tu, takde arang pun. Sihat sikit. Kena pula dengan creamy pasta. Pergh!
- Sate Kajang Retro
Where else in Selangor can you find a 24 hour satay joint? Here is where you can satisfy your satay craving any time of the day. Kedai sate buka 24 jam haa. Wow. Kat tempat you ada ke bro?
Kedai ni terletak di USJ 7. Ramai kata memang semua sedap, takde lemak-lemak ke ape semua isi. Isi daging dan kambing dia pon memang lembut gila and juicy. Dekat situ ada juga nasi lemak. Padu.
- Papa Satay
Kedai yang beroperasi di Putra Heights, Subang Jaya ini dibuka pada pukul 6 petang. Ada yang mengatakan sate di situ diperbuat daripada bahagian isi batang pinang instead of isi yang berlemak.
- Restoran Warisan Sambal Opah
Restoran Warisan Sambal Opah, nama restoran yang cukup gah di Subang Jaya. Jika anda menetap sekitar situ, pasti anda tahu yang ia merupakan restoran yang sangat terkenal. Buktinya, restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan walaupun sudah tengah malam.
Di restoran ini, nasi lemak merupakan menu yang paling laris. Sate di restoran ini juga turut dipuji ramai. Antara sate yang boleh dicuba ialah sate daging dan sate kambing.
- Restoran Carlos “2”
If you believe in what a majority of foodies say on the internet, Restoran Carlos “2” allegedly serves the best satay in the neighborhood.
Kedai ini menawarkan mostly local and Malay food seperti Penang Char Kuay Teow, Mamak Mee Goreng, you get the drill. Sate dekat sini juicy and not too burnt so it’s great for those who are afraid of the bitter and burnt parts of skewered meat.
#RajaCuti
#RCLocalSecret
#KemewahanMampuMilik
#SebulanSekaliPayungCiked