Jatuh Cinta Dengan Taiwan, Pelajar Malaysia Kongsi 8 Sebab.

0 Comments

Sesetengah orang kebiasaannya akan ada persepsi tentang sesebuah negara. Jika sebut negara Taiwan, apa yang anda fikirkan? Kalau penulis, saya akan teringat tentang Bubble Tea. Bagi mereka yang tertanya-tanya tentang ‘Apa Bestnya di Taiwan ni?’ ‘Ok ke kalau travel sana?’, anda jangan risau.

Image result for thinking gif cartoon animation

Raja Cuti berpeluang menemu bual seorang rakyat Malaysia yang sedang belajar bahasa Mandarin di satu daripada Universiti di Taiwan. Yang menariknya, pelajar itu, Izzat Zaid sebelum ini tidak pernah terfikir pun nak jejak sini, apatah lagi tinggal di negara berkenaan.

Tetapi hampir 3 bulan Izzat Zaid duduk di bandar Kaohsiung, beliau boleh dikatakan sudah jatuh cinta dengan budaya di sana. Berikut antara 8 sebab mengapa Kaohsiung ni best:

  • Bandar yang selamat

Orang selalu kata kat Jepun kalau tercicir atau tertinggal barang kat mana-mana, pergi balik mesti jumpa. Rupanya ada satu lagi negara macam tu which is Taiwan. Kalau tinggal phone atas meja, atau tercicir beg duit atau tertinggal beg, percayalah, korang pergi balik tempat tu, tak bersentuh! Tak ada orang akan ambil benda kau. 

Tidak mengatakan 100% macam ni, tapi dah few peoples cerita pada beliau benda sama. So fenomena kat kedai kopi orang tinggal laptop atau phone adalah perkara biasa. Mula-mula beliau sendiri berasa risau melihat situasi itu memikirkan selamat ke? Tapi dah lama duduk sini, memang diakui takde apa. In terms of diganggu atau kena kacau, kena mengorat tu pun takde. Basically, nak cerita di sini selamat. For female traveler kalau nak datang solo pun okay je. 

  • Orang local sangat peramah

Walaupun obviously anda pelancong asing, tapi untuk ditegur oleh orang local secara random tu sangat tinggi. Tak kira lah dalam bas ke, kat kedai kopi ke, people just come and talk to you. Pernah sekali, ada seorang pak cik ni nampak beliau bawak ukulele keluar, datang lari dekat semat-mata nak tanya ‘You main ukulele ke? Orang Taiwan ni memang peramah & hospitality sangat tip top.

Lagi satu sifat masyarakat Taiwan yang dikagumi, kalau beli barang ke pergi kedai ke diorang memang jujur berniaga. Korang takkan rasa macam diorang nak ambil kesempatan sebab korang foreigner ke. 

  • Bandar bersih, rakyat bertanggungjawab

Pelik tapi benar. Amaze dengan toilet awam kat sini, bersih dia tahap Jepun punya bersih. Serius tak tipu. Bandar dia pun, walaupun tak banyak tong sampah (sangat susah nak cari) tapi susah jugak nak jumpa sampah. Sistem buang sampah kat sini pun lebih kurang Jepun, kena asingkan recyclable item dengan sampah biasa. So bila jumpa tong sampah tu memang akan ada 2 jenis.

Kalau pergi kedai makan, coffee shop atau fast food restaurant, korang akan nampak meja tu bersih je. Sebab people here self clean up. Benda tu macam sangat natural, sangat biasa, dah jadi habit.

Lepas makan ambil pinggan, sampah, buang and kemas meja. Effortlessly tau! Sambil borak2 sambil kemas. Plus asingkan yang boleh kitar semula dengan sampah biasa. 

  • Susah nak jumpa perokok

Bagi orang yang alah dengan bau asap rokok, memang satu kebahagiaan duduk dekat sini. Jarang beliau jumpa orang hisap rokok. Kalau kenal dengan orang Taiwan pun depa tak merokok. Memang susah sangat lah nak jumpa. Lain tempat lain kot gayanya. Maybe sebab environment beliau banyak dekat dalam university. So susah lah nak jumpa orang merokok. Tapi keluar kat public pun jarang jugak nampak.

  • Gaya hidup sihat

Kat Malaysia kita dah boleh bayangkan kat taman tu selalu ada aunty and uncle Chinese buat exercise, bawak anjing jalan-jalan atau ber taichi. Situasi itu sama seperti di sini. . Umur 50-60 tahun tu rilek je panjat bukit waktu weekend. Bukan seorang dua, ramai kot! Masing-masing still kuat. 

“Daki gunung tu rilek je macam naik tangga rumah. Kat univeriti I study ni ada court, padang penuh dengan orang bersukan. Which I sangat suka. Inspired nak bersukan jugak hehe. Sihat lah sikit duduk Taiwan ni,” katanya.

  • Transportation

Transport di sini sangat efficient. So tak perlu risau. Ada bas, MRT, Tren, Speed Train. Sangat mudah nak bergerak ke mana-mana. Jalan kaki pun biasa je. City dia dicipta untuk pejalan kaki dan orang berbasikal.

Jalan-jalan around city pun boleh naik basikal.

A picture containing outdoor, object, building, light

Description automatically generated

Btw, banyak bandar kat taiwan pakai public bike free for the first 30 mins. Except taipei kena bayar

10 ntd (RM1.30) utk first 30 minutes. Kalau nak drive disarankan ada IDP sbb lesen Malaysia tak laku kat sini. Oh by the way, disini orang memandu di belah kiri (opposite Malaysia).

  • Beautiful places

Tempat cantik jangan cerita lah. Memang banyak. Sini kalau nature lover memang akan enjoy duduk sini. Dia punya view gunung lawa dan sangat mudah nak access. Trek dia pun lawa. Historical places pun best nak visit. 

  • Makanan

As a Muslim duduk sini mencabar sikit lah. Especially bila craving for fast food. Tapi untuk cari makanan halal tu tak susah. Kebanyakan bandar kat sini ada restoran halal. If notpun boleh opt for makanan vegetarian. Kat family mart, 7 eleven ada je makanan utk vegetarian. Or di restoran vegetarian pun boleh jugak pergi. So takat ni memang takkan kebulur duduk sini. Lepastu, kat sini kedai Bubble Tea, orang tak line up panjang mcm dekat Malaysia, sebab kt sini mmg penuh dgn kedai bubble tea. ? Every 100m boleh jumpa 1 kedai Bubble Tea.

Sumber: Time Out

Banyak lagi benda lain yang beliau suka. Naik basikal paling best, perasaan tenang dan selamat duduk sini, orang terbuka untuk terima orang luar. 

“Taiwan ni bagi I negara yang sangat warm dan welcoming!  Such a nice county to live in. Kalau korang nak datang lawat Taiwan, waktu sekarang (Disember) ni sangat best (musim winter) sebab sejuk dia tu sejuk-sejuk aircond,” katanya.

Nota: Kesemua maklumat dan gambar yang digunakan adalah milik Izzat Zaid. Raja Cuti telah medapat kebenaran daripada beliau terlebih dahulu sebelum menyiarkannya.

#RCLocalSecret

Leave a Reply

Your email address will not be published.