Mesti ada yang tak tahu dekat mana Starbucks terbesar di dunia. Kan?

0 Comments

A group of people in a room

Description automatically generated

Gambar : fb Zunita Ramli 

Min ni memang peminat tegar kopi, setiap pagi sebelum keluar rumah, min akan pastikan min akan minum kopi dulu untuk dapat tenaga dan positive vibes, cewah!

Well kopi ni mampu merangsang minda kita untuk kekal lebih aktif pada setiap pagi, jangan tak tahu pula.

So min nak share sikit kalau ada yang sama minat dengan min ni suka minum kopi kan, korang mesti sanggup pergi jauh sikit untuk rasa kopi macam-macam jenis. 

Apatah lagi kalau ada pemandangan yang indah, mak aih macam dekat syurga betul rasnaya minum kopi macam tu. 

A large room

Description automatically generated

Gambar : fb Zunita Ramli 

So, kalau korang ada bajet lebih, korang try lah pergilah rasa Starbucks dekat Tokyo, sumpah nak menangis sebab korang bukan sahaja rasa kopi tu, tapi korang akan dapat tengok sendiri cara kopi itu diproses, mesin dia panjang sana sini, canggih gila! 

Tpai min pun belum sampai lagi dekat sana, min cerita pun sebab kawan min share dalam Facebook dia since dia stay dekat sana, so dia banyaklah share cerita menarik dengan min. 

Di Tokyo ni, Starbucks di sana adalah cawangan terbesar di dunia iaitu Starbucks Reserve Roastory.

A large building

Description automatically generated

Gambar : fb Zunita Ramli 

Ia mempunyai empat tingkat dengan keluasan 32,000 kaki persegi hasil rekaan arkitek Kengo Kuma yang sebelum ini terlibat dalam rekabentuk Stadium Olimpik Tokyo.

Istimewanya di sini, uols semua boleh menikmati hidangan kopi sambil melihat pokok sakura yang bersebelahan dengan Sungai Meguro.

“Pada musim sakura, pengunjung boleh menikmati sakura dari bangunan Starbucks yang berdindingkan cermin sambil menikmati kopi yang kebanyakannya khas untuk pasaran Jepun sahaja,” macam tulah kawan min kata, Zunita Ramli. 

Di bangunan 17 meter tinggi dengan atap yang berbentuk origami ini, ia menyediakan lebih 100 menu hidangan dengan 60 menu khas untuk pasaran Jepun sahaja.

A cluttered desk

Description automatically generated

Gambar : fb Zunita Ramli 

Lebih 680,000kg kopi dipanggang di sini untuk pasaran Jepun di mana ia diedarkan ke lebih 1,400 cawangan Starbucks di seluruh Jepun.

Setiap tingkat di bangunan ini direka khas dengan tema yang berbeza, di tingkat satu terdapat bakeri dan kafe, tingkat dua mempunyai Teavana iaitu ruang menikmati teh, tingkat tiga ruang “Arriviamo Cocktail Bar” dan kawasan rehat manakala “working space” pula berada di tingkat empat.

Di bahagian luar juga terdapat tempat rehat untuk menikmati kopi sambil melihat pemandangan terutama sekali pada musim sakura.

A picture containing floor, indoor, table, building

Description automatically generated

Gambar : fb Zunita Ramli 

Selain itu, apa lagi korang boleh buat di Tokyo ni? 

  • Lawat Starbucks paling besar di dunia

Binaan luar bangunan ini direka arkitek terkenal Stadium Tokyo, Kengo Kuma, manakala binaan dalaman direka oleh pasukan rekabentuk Starbucks sendiri.

Kesemua rekaan dalaman sehingga sudut pencahayaan serta perabot dibuat sendiri di Jepun iaitu di bandar Tendo, Yamagata.

  • Beli kopi segar

Di tingkat satu terdapat mesin pemanggang kopi setinggi 17 meter. korang boleh dapatkan kopi “fresh from roaster” di sini.

  • Beli cenderahati

Di tingkat satu juga terdapat barangan Starbucks yang dijual. Kebanyakan koleksi adalah istimewa untuk cawangan ini sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan cenderahati anda sebaik sahaja sampai di sini!

  • Nikmati kopi dengan pemandangan sakura

Kopi “fresh” dengan pemandangan sakura, bukankah itu pengalaman yang menarik bagi diri korang?

Tetapi awas! Pada musim sakura mungkin u guys perlu menunggu berjam-jam untuk menikmati kopi dan pemandangan sakura yang cantik.

Walaupun penat menunggu tapi hasilnya berbaloi, anda hanya perlu bersabar sahaja.

  • Ambil gambar

Bagi penggemar Instagram, Starbucks Reserve Roastery Tokyo ini mungkin menjadi tempat kegemaran korang.

Banyak “spot” menarik untuk diambil gambar. Tetapi jika uols bukan pengguna Instagram, korang mesti tak nak terlepas daripada mengabadikan pengalaman di sini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk bergambar!

Leave a Reply

Your email address will not be published.