Korang-korang yang plan nak pergi bercuti mana-mana hari ni, apa kata korang cancel kan je plan tu, sebab hari ni hari tidur sedunia! Sepatutnya yang kerja pun korang kena off, kita kena la meraikan hari tidur ni ikut tema yang ditetapkan.
Lepas tidur, tidur, tidur lagi. Kalau lapar, bangun sekejap, makan then tidur lagi. Okay kan? Baru lah feel. Nak pergi bercuti esok lusa pun boleh, kan? Hari tidur sedunia just 1 hari je..hehe
Pandai kan Cik Gaya hasut korang? Bab-bab nak berjimat ni, Cik Gaya memang power! Kalau mak korang cakap kenapa asyik tidur je, korang explain pula dekat mak korang ajak dia tidur sekali, bia korang kena hempuk.haha
Korang, jangan lah sampai macam tu sekali, itu just nak memperingati yang hari ini adalah Hari Tidur Sedunia, but korang kena lah jalankan aktiviti seharian macam biasa, yang kena kerja tu kerjalah macam biasa, jangan makan tidur je, tu tak betul.
Seeloknya pagi-pagi korang bangun awal, sarapan elok-elok, lepas tu pergi workout sekejap dalam sejam, jogging ke apa, then bersiaplah untuk melakukan tugasan harian yang seterusnya.
Okay Cik Gaya nak bagi info sikit dekat u guys!
Hari Tidur Sedunia iaitu World Sleep Day adalah acara yang ditunggu-tunggu iaitu pada setiap 13 Mac 2020.
Ia disambut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan tidur dan berehat, termasuklah dalam bidang perubatan, pendidikan, aspek sosial dan juga memandu.
Sambutan ini diperkenalkan oleh sekumpulan komuniti yang dikenali sebagai “World Sleep Day Committee of World Sleep Society”, dengan menerangkan pentingnya tidur dan juga cara menghalang masalah tidur.
Kumpulan ini terdiri daripada pengamal perubatan yang bekerja dalam bidang kesihatan, khususnya dalam penyelidikan berkenaan tidur.
Hari Tidur Sedunia diadakan hari Jumaat sebelum fenomena Spring Vernal Equinox berlaku setiap tahun.
Untuk tahun ini, sambutan hari tidur diadakan pada 13 Mac dan pada tahun berikutnya akan berlaku pada 12 Mac 2021.
So lepas ni guys, korang boleh plan apa-apa yang menarik untuk meraikan World Sleep day korang!
Selamat beristirehat guys!
Korang boleh baca artikel ni?
Korang berani tak nak try makan nasi lemak depan kubur
Korang patut try lunch di tengah-tengah laut dekat Sabah!
Stress ke? Jom ‘fly’ lepaskan geram, jerit sekuat hati di Skytrex Sg Congkak!