Bunga ‘Siti Zubaidah’ Memang Cantik Tetapi Beracun Rupanya Ya!

0 Comments

Dek kerana rupanya yang cantik, bunga Siti Zubaidah ini kini turut dijadikan sebagai bunga hiasan meja makanan, gubahan hantaran dan tidak kurang juga sebagai cenderahati dalam bentuk jambangan bunga. Namun, awas ya, rupa yang cantik tidak semestinya selamat tau.

Menurut sumber yang Dang Sari dapat daripada Pusat Racun Negara, bunga ini merupakan ‘flora’ dalam keluarga yang beracun. Jadi, awas selepas ini Dang harap agar korang lebih berhati-hati tau ketika mengendalikannya atau paling senang korang elak jer terus daripada pegang.

Dang share sikit info bunga ini. Pokok Hydrange merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi dan semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunga yang lembut. Selain daripada itu, keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa tiga bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.

Pokok Bunga Hydrange

Manalah tak cair, Dang yang peminat bunga ini geram je tengok kecantikan Pokok Bunga Hydrange namun tak mahulah ambil risiko…tak pasal-pasal pula Dang kena masuk hospital. Tak mahu Dang.

Namun, dalam kecantikan itu nyata ada tersembunyi bahaya disebaliknya. Mengapa Dang berkata begitu, ini kerana bahagian tumbuhan ini terutamanya cecair atau getahnya mengandungi hydrangin yang merupakan sianogenik glikosid, febrifugine, hydrangenol dan loganin.

Dang pun tak berapa mengetahui sangat sebabnya terlalu specifik namun apa yang Dang buat kajian bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, lemah otot, sawan, koma dan yang paling teruk korang akan kena boleh membawa kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah.

Peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikan terutamanya sekali Dang sangat harap mak-mak tolong bawa anak-anak kecil termasuk sesiapa yang ada haiwan peliharaan, bawa jauh daripada bunga ini.

Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan pastikan korang mencuci tangan tau selepas mengendalikan bunga ini.

Artikel berkaitan
Wow, Air Asia nak ‘refund’ duit semula dek kerana Coronavirus
‘airport jacket’, jimatkan ruang bagasi korang ketika melancong

Leave a Reply

Your email address will not be published.