Kalau korang cari tempat nak chill atau nak gathering dengan kawan-kawan, Cik Gaya ada 1 tempat menarik nak suggest kat korang.
Tak perlu pergi Bali sebab environment Bali tu sendiri dah ada dekat KL, harga pun murah, korang boleh dapatkan RM300 untuk 1 malam je, dan environment dia sangatlah best, korang takkan rasa macam dekat KL dah.
Heaven kan? Start lah Cik Gaya nak feeling-feeling!
Terletak di Dato Keramat, Kuala Lumpur terdapat sebuah penginapan yang tampil dengan rekaan vintage dan ketengahkan elemen tradisional Melayu. Sekali pandang, korang akan terasa berada di Bali kerana rekaan seperti ini banyak di Bali.
Setiap sudut di Classic Malay House ini merupakan ‘spot’ yang disukai oleh kaki foto di luar sana. Mana tak nya, korang boleh bergambar tanpa had di sini dan hasilnya akan buat korang tersenyum.
Tidak hanya hadir dengan rekaan penginapan yang vintage, persekitaran penginapan ini yang dipenuhi dengan tanaman bunga pasti boleh buat korang rasa tenang.
Terdapat pelbagai kemudahan di penginapan ini seperti patio, mini bar, tempat barbecue, dapur, wifi dan sebagainya. Disebabkan ia terletak di Kuala Lumpur, penginapan ini berada berdekatan dengan Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi.
Kalau korang berminat, korang boleh pergi ke Facebook Classic Malay House KL!