4 Benda ‘Remeh’ Yang Amat Berguna Ketika Travel

0 Comments

Hari ini Budak Kaca Mata akan berkongsi tips yang memang sangat berguna ketika travel ke negara asing. Nampak remeh tetapi korang pasti bersyukur dan berterima kasih terhadap info tersebut.

1.   Toilet Cover Pad

BKM ni amat mengutamakan kebersihan, suka guna jenis tandas duduk berbanding tandas cangkung tu tapi bila time travel, pernah terkena masuk je toilet nampak bekas kasut dekat cover tandas. Geli oi… basuh jirus dgn air pun lap dgn tisu tidak masih risau dgn tahap kebersihan.

Kadang2 terfikir juga siapalah yang duduk dekat tandas ini. Kot-kot punggung dia ada kurap ke panau… fuh, naya I. Jadi, solusinya, I beli toilet cover pad ini. 1 bungkus ada 10pcs. Harganya RM1 je, beli dkt shoppe. So, belilah banyak2, boleh buat bekalan.

2.   Portable Refillable Travel Bottle 4-in-1

Benda ini amat bagus buat mereka yang tak suka bawa banyak liquid bottle masuk ke dalam beg… ada empat botol refill dia bagi. Korang boleh isi dalam tu dan masukkan dalam portable pressing bottle dia, pulas je mana-mana nak guna dan tekan, terus keluar liquid tu. Senang bukan? Ada lagi kegunaannya gaiss! Bottle portable ini lepas kalau hand carry, so tak perlu check in luggage sebab botol refill dia bawah 100ml. Dkt shoppe harganya dalam RM10 – RM15.

Liquid yang BKM suggest 

  • Lotion
  • Perfumes
  • Toner
  • Make up remover
  • Day cream or night cream
  • Sunblock
  • Dan macam2 lagi selagi liquid ia boleh diisi

3.   Travel Storage Resealable Vacuum Bag

Okay… yg ni memang best… boleh jimat ruang luggage untuk korang, boleh bawa banyak baju takda masalah dah. Baju2 yang tebal mcm jacket winter, tuala, dan baju2 yang lain boleh menjadi senipis bawang tau. Dkt shoppe, harga pun tak mahal. Vacuum tu saje baru RM2-RM4, storage beg dia ikut size. Harga dari RM2 ke RM5.

4.   Portable Hanger

Benda ini tak kurang pentingnya sebab bila dkt hotel kita menginap tu, hanger yang sedia ada tak byk pun… lebih kurang 3-4 sahaja. Korang pun tahu kan bila kita travel ni memang byk benda nak digantung, kan? Jadi solusinya, BKM beli hanger portable ni.

Boleh lipat kecik2 masukan dalam beg saje. Takkan korang nak bawak hanger dkt rumah kan. Dahlah besar memang tak muat nak letak dlm beg. Korang boleh beli dkt shoppe RM1 saje tau. Beli lah byk2 gaiss, boleh juga dipakai di rumah tau.

Time tak pakai tu bolehlah korang simpat lipat taklah menyemak mata korang tgk byk2 hanger tergantung di rumah.

Jadi, mcmana korang… nampak penting bukan. Jadi, bagi sesiapa yang ada travel ke luar negara lepas PKP, jgn lupa ikuti tips ni tau

Artikel berkaitan
Peminat dekorasi hipster… tempat menarik untuk staycation!
Tidur dalam rumah kampung, bawah nampak kolam! Superb kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.