Persis Eropah, Penginapan Awesome Di Cameron Highlands

2 Comments

Cameron Highlands sememangnya salah satu destinasi percutian yang selalu menjadi pilihan pengunjung tempatan dan antarabangsa bagi merasai suasana kedinginan tanah tinggi di negara kita.

Tetapi jika anda inginkan penginapan yang agak berlainan daripada kebiasaan seperti hotel, apartmen atau homestay,  mungkin anda boleh memilih A’moss Farmstay di Brinchang yang menawarkan penginapan menarik dan lain dari lain yang berkonsepkan seakan khemah berbentuk “dome”!

Dari kejauhan, A’moss Farmstay ini kelihatan seperti binaan Iglu di Kutub Utara, lagi-lagi dengan kesejukan Cameron Highlands yang kadang-kala boleh menusuk hingga ke tulang. Penginapan unik ini sebenarnya terletak berdekatan dengan Mossy Forest dan Ladang Teh Boh Sg Palas.

Setakat ini, difahamkan hanya terdapat 3 buah dome sahaja untuk disewakan kepada para pengunjung. Oleh itu, tempahan secara walk-in adalah tidak diterima. Penginapan di sini turut dilengkapi dengan sebuah bilik mandi peribadi serba lengkap dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma.

Paling best, korang dan rakan-rakan boleh bersantai sambil menghirup kopi panas di teres dan taman di sini dengan ditemani kehijauan alam semulajadi yang indah.

Ini merupakan Dome Glamping terbaik dan selain itu, Cameron Highlands bukan sahaja miliki pemandangan cantik, malah suhu sejuk di sini bakal memberikan anda feel seolah sedang bercuti di luar negara.

Sebelum itu, Dang Sari nak ingatkan kepada yang berminat untuk menempah penginapan di sini bahawa akses jalan ke A’moss Farmstay agak sempit pada jarak 300 meter terakhir dan anda disarankan tidak membawa kenderaan yang terlalu besar.

Harus diingatkan juga, disebabkan penginapan ini terletak di tengah-tengah ladang atau kawasan pertanian jadi persekitaran yang ada di situ juga benar-benar sunyi dan mendamaikan, tidak seperti jika anda menginap di hotel.

Artikel berkaitan
Biar Betik Pulau Unicorn Wujud di Filipina!
Padu Thoq! Azri Cafe Tawar Sate Terlazat Di Dengki

2 Replies to “Persis Eropah, Penginapan Awesome Di Cameron Highlands”

    1. Salam sejahtera dari Raja Cuti. Kami di sini cuma share maklumat sahaja, dan tidak wakili sebarang hotel atau tempat pelancungan. Sila hubungi hotel yg berkenaan atau mana2 booking app utk mendapatkan maklumat ttg booking. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published.