Kalau korang kaki research, mesti korang tahu ada 1 penjara yang dibina seperti tempat percutian. Tempat tu hanya seorang banduan je yang duduki iaitu Pablo Emilio Escobar Gaviria, raja dadah. Dunia yang umum mengetahui tentang kekebalannya daripada undang-undang kerajaan Colombia.
Dalam penjara tu dilengkapi dengan padang bola, jakuzi dan air terjun. Kalau Cik Gaya, kena penjara macam ni pun Cik Gaya sanggup, tak nak keluar pegi mana-mana dah!
Penjara tersebut diberi nama La Catedral atau dikenali sebagai Hotel Escobar atau Club Medellin seperti tempat percutian, atau rumah rehat untuknya.
Dari segi luaran, La Catedral kelihatan seperti penjara biasa yang dikelilingi dengan pagar dawai dengan tembok yang tinggi. Tapi itu semua itu dibina bagi menutup keadaan sebenar yang terdapat dalam La Catedral.
Malah penjara mewah ini juga dikatakan mempunyai beberapa kawasan hiburan lain seperti ruang tamu yang televisyen yang besar, dapur memasak dengan tukang masak peribadi dan juga kelab malam yang mana tempat dia meluangkan masa dan juga menggunakan tempat ini untuk menjalankan majlis kahwin untuk rakannya.
Ia lebih dilihat yang Pablo Escobar sebenarnya dalam musim percutian daripada dipenjarakan!
Bayangkan, kalau korang kena masuk penjara, korang akan dapat layanan seperti Pablo Escobar? Jangan mimpi… haha
korang mungkin berminat baca:
5 tempat percutian nama pelik!
Nak bermesra dengan harimau? Jom ke Tiger Kingdom!