Selain terkenal sebagai syurga membeli-belah buat kaki shopping, Bangkok juga menjadi kegemaran pengunjung untuk merasai sendiri kelazatan dan kepelbagaian menu masakan Thai yang sememangnya disukai oleh orang Malaysia.
Tetapi harus diingat Thailand bukanlah negara dengan majoriti masyarakat Muslim, namun di 6 lokasi sekitar Bangkok ini ada menjual aneka makanan halal yang wajib korang cuba!
1. Petchaburi Road Soi 7
Terletak di timur Bangkok, lokasi pertama adalah Petchaburi Road Soi 7. Di sini pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati aneka makanan Thailand yang halal, malah ada juga makanan Arab dan India. Kalau dah makan dan nak solat juga pun senang, kerana di sini terletaknya Masjid Darul Aman.
2. Bobae Market
Bobae Market terletak tidak jauh dari Petchaburi Road Soi 7 dan yang bestnya aneka menu makanan halal Thailand dapat ditemui di sini dengan mudah.
Selain makanan, di Bobae Market juga banyak menjual barangan yang boleh dijadikan ole-ole dari Thailand dan harganya pun berpatutan dan murah.
3. Sukhumvit Soi 3
Terletak berhampiran dengan stesen Nana BTS, Pasar Malam Sukhumvit merupakan salah satu lokasi mudah akses bagi korang untuk mencari makanan enak dan halal di Bangkok.
Sukhumvit Soi 3 ini juga digelar sebagai ‘Soi Arab’ kerana pelbagai menu dari negara Timur Tengah boleh didapati di sini. Kalau nak rasa masakan arab air tangan orang Thailand, bolehlah korang mencubanya di sini.
4. Ramkhamhaeng
Buat mereka yang kaki makan, Ramkhamhaeng destinasi wajib yang perlu singgah jika berkunjung ke Bangkok.
Selepas puas berjalan-jalan dan mencuba pelbagai jenis ‘street food’ halal di sepanjang Ramkhamhaeng, korang juga boleh singgah di kedai kopi atau restoran berhampiran yang turut menyediakan aneka minuman halal dan menyegarkan.
5. Charoen Krung Selatan
Bagi sesiapa yg teringin nak makan itik panggang di Thailand, moh korang singgah ke Jalan Charoen Krung Selatan.
Terletak di seberang Masjid Assalafiyah, tempat ini popular dengan aneka hidangan manis dan lazat namun alah satu warung paling popular di sini adalah Hasan Roasted Duck yang sememangnya akan sentiasa dipenuhi dengan pelanggan.
6. Asoke
Jalan Asoke yang terletak di Sukhumvit 23, tidak jauh dengan Universiti Srinakharinwirot popular dalam kalangan mahasiswa.
Sesuai dengan lokasinya, tentunya makanan yang dijual di daerah ini murah dan salah satu menu paling digemari di Asoke adalah Ayam Goreng Thai.
Artikel berkaitan:
10 Tempat Makan Yang Halal & ‘Tidak Kaleng-Kaleng’ di Pulau Tioman
10 Tempat Makanan ‘Meleleh Air Liur’ di Ranau