Alaa sebelum ni punya jauh Cik Gaya bercerita tentang air yang dah kembali jernih dekat Venice kan, ha kali dekat benau dengan kita, Melaka jeh!
Air terusannya dah semakin jernih seperti siap boleh nampak bayang-bayang ikan berenang dengan meriahnya tanpa sebarang gangguan daripada manusia.
Perkara ini viral di media sosial apabila ramai pengguna Twitter berkongsi gambar Sungai Melaka yang semakin jernih selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih sebulan sejak 18 Mac lepas.
Sungai Melaka yang sememangnya terkenal dengan aktiviti pelancongan seperti Melaka River Cruise sebelum ini pernah berdepan dengan tahap pencemaran yang teruk hingga menyebabkan air sungai berwarna gelap, busuk dan terdapat banyak bangkai ikan ditemui terapung.
Ini bermakna penularan pandemik covid-19 yang memaksa aktiviti pelancongan dihentikan dan rakyat duduk di rumah nampaknya memberikan satu perubahan positif terhadap Sungai Melaka yang dilihat semakin ‘sihat’, meskipun ada juga yang mendakwa situasi air jernih itu sudah bermula sejak sebelum PKP lagi.
Apa yang lebih penting, alam kini sememangnya sedang berehat dan kembali ‘tenang’ daripada hiruk-pikuk kehidupan manusia.
Mungkin inilah hikmahNya yang sedang ditunjukkan Tuhan kepada kita daripada ujian wabak covid-19.
korang mungkin minat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar