Kalau kat Malaysia kita ada “hantu santa claus” Indonesia ada “pocong jadian” tapi dekat AS lepas ni akan lebih scary sebab gunakan “Grim Reaper” atau malaikat maut untuk halang orang keluar rumah.
Ia susulan covid-19 yang berlaku sehingga lebih teruk berbanding negara lain.
Seorang peguam yang dikenali sebagai Daniel Uhlfelder bercadang untuk pakai kostum “malaikat maut” untuk memberi amaran kepada rakyat AS supaya tidak menyerbu pantai Florida.
Perkara itu dikongsikan melalui akaun Twitter miliknya di mana ramai orang bertanya sama ada dia bersedia atau tidak untuk memakai kostum itu mengelilingi kawasan Florida dan pantainya.
Dia bercadang untuk menjelajah pantai di Florida bermula 1 Mei ini bagi memberi amaran kepada rakyat AS tentang bahayanya jika berkumpul beramai-ramai.
Sehingga kini AS mencatatkan kes tertinggi di dunia mengenai wabak Covid-19 dengan catatan 886,709 kes dan 50,243 kes kematian.
krang mungkin minat dengan artikel ni…
Jom try makan burger ada skirt!
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar