Nak rasa mengetam padi sambil bercuti? Jom ke sini gais!

0 Comments

Tempat ni memang sesuai untuk orang bandar yang teringin nak bercuti di kampung. Inilah peluang korang untuk merasai cara bagaimana untuk mengetam padi, dalam masa yang sama korang bercuti dengan view yang paling indah iaitu di sawah padi! Cool kan? 

Ia terletak di Marang, Terengganu di mana lokasi itu menyediakan sebuah pakej pelancongan baru yang dinamakan ‘Tourism Experience’.

Jika ke beberapa perkampungan daerah Marang, pelancong akan dibawa ke kawasan sawah padi seluas 300 hektar dan diajar untuk melakukan aktiviti tradisional ‘mengetam padi’ yang kini semakin pupus berikutan kecanggihan teknologi dalam bidang pertanian.

Kenapa Marang? Ini kerana daerah itu mempunyai banyak perkampungan tradisional yang memiliki keunikan tersendiri contohnya penanaman padi berskala besar di beberapa lokasi seperti di Kampung Tuman, Kampung Bukit Kolam dan Kampung Jejulong serta paling sesuai untuk pelancong menikmati percutian berasaskan alam semulajadi.

Bagi korang yang tak tahu apa itu ‘mengetam padi’, ia sebenarnya adalah proses memisahkan padi yang matang dari batangnya menggunakan satu peralatan khas untuk memotong sebelum ia dileraikan menjadi beras.

Mesti ramai tak pernah merasai pengalaman menjadi seorang pesawah atau melihat sendiri bagaimana proses penghasilan beras secara manual dilakukan dari bendang lagi, kan?

Jadi inilah destinasi yang sesuai kalau korang nak bawa anak-anak bercuti sambil belajar dan mendidik mereka agar menghargai bagaimana jerih-perih pesawah menghasilkan makanan ruji untuk kita semua.

Tapi, pastikan semua rancangan percutian itu korang buat selepas PKP ni berakhir okay! 

Kredit: Bernama

korang mungkin minat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar

Leave a Reply

Your email address will not be published.