Kenapa Dang Sari cakap bukan biasa-biasa? Ini kerana restoran ini memang luar biasa. Tidak seperti restoran lain yang kita pernah makan sebelum ni. Dang sarankan once a life time korang patut cuba makan di Medifoods Lifestyle Cafe ini.
Kenapa bunyi kedai mcm hospital je? Jauh sekali ya gaiss! Nama Medifoods ini khusus untuk mereka yang nak jaga kesihatan terutama dari segi pemakanan. Pemakanan yang betul membuatkan tindak balas tubuh kita lebih positif.
Dang percaya pemakanan yang tidak sihat dari masa ke semasa boleh membuatkan kredibiliti tubuh badan tidak seimbang. Ini bukan sekadar mitos tapi adalah fakta dari pakar pemakanan dan kerana itulah pentingnya makanan yang sihat dalam tubuh kita.
Itulah sebab wujudnya Medifoods Lifestle Cafe di TTDI yang mana ia memfokuskan diet yang betul dengan tidak mengurangkan rasa sedap setiap makanan yang dihidangkan. Kesemua bahan-bahan yang digunakan adalah terdiri dari bahan-bahan organik.
Teknik masakan dan bahan yang digunakan di Medifoods Kafe membuatkan makanan di sini sangat sihat untuk dimakan tanpa mengurangkan rasa semulajadi kepada makanan.
Terdapat banyak menu pilihan yang boleh dipesan mengikut selera masing-masing seperti juga di restoran lain. Menu harian juga sentiasa berubah terutama di hujung minggu. Korang boleh cuba datang ke sini rasai sendiri makanan yang disediakan.
Satu je Dang Sari boleh cakap memang tidak mengecewakan korang. Bagi yang inginkan nasihat tentang pemakanan yang sihat korang juga boleh dapatkan secara percuma dari pakar pemakan di Medifood ini.
Jangan risau mereka ini bertauliah yang terdiri dari kelulusan betul dan sememangnya mempunyai kelayakan untuk memberi nasihat tentang pemakanan anda. Buat korang yang menghidap penyakit diabetis atau kencing manis juga amat disarankan untuk datang ke sini.
Maklumlah bagi mereka ini nak makan makanan di restoran biasa bukanlah satu pilihan bijak kerana makanan di restoran biasa mengandungi bahan-bahan yang tidak sihat. Medifoods turut menyediakan makanan khusus bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti ini.
Apa yang anda tunggu lagi..Buat yang nak diet tu… apa kata korang mulakan langkah ke sini dulu, confirm terus bersemangat nak continue diet korang nanti tau.
Artikel berkaitan:
Ada Yang Berani Nak Cuba Aiskrim Telur Buaya?
10 Port Makan Di Ipoh Dijamin Padu Beb!