Bestnya Raya Stail Saya Di IPC Shopping Centre

0 Comments

Sempena Raya ini, IPC Shopping Centre mengalu-alukan pengunjungnya untuk menerokai dunia penuh gaya dan keriangan dengan kempen ‘Bestnya Raya Stail Saya’. Mulai sekarang hingga 28 April, para pengunjung dijemput untuk membeli-belah perhiasan rumah dan persiapan diri sendiri serta berkumpul bersama keluarga dan rakan di Bazar Bestnya Raya sambil melawat bengkel-bengkel DIY, menonton pelbagai persembahan dan banyak lagi aktiviti menarik bersama keluarga, anjuran pusat beli-belah tersebut.

Pengunjung turut dijemput untuk melangkah ke taman kehijauan yang indah untuk menenangkan jiwa di Ruang Legar (Concourse) di Aras G. Dengan gabungan rekaan bertemakan kehijauan dan hutan semula jadi yang mendamaikan dan diselitkan pula dengan unsur budaya bermotifkan batik, seni reka pameran itu mengangkat kekayaan warisan budaya Malaysia yang diilhamkan daripada alam semula jadi. Ini adalah bukti komitmen IPC Shopping Centre terhadap kelestarian, melambangkan dedikasinya untuk memelihara dan menghargai keindahan alam sekitar. 

Di tengah-tengah kilauan lampu yang bergemerlapan dan kemeriahan menyambut kedatangan Raya, pusat beli-belah itu turut membina Glowing Secret Garden yang tersendiri, dihiasi dengan cahaya berkerlipan dan hiasan tradisional. Keindahan ruang tersebut adalah tempat yang paling sesuai untuk pengunjung merakam aksi dan stail mereka sambil berkongsi gambar tercantik mereka di media sosial bagi merebut peluang memenangi hadiah menarik bernilai RM1,000, terdiri daripada barangan eksklusif IPC serta mata ganjaran Tack Point.

Menurut Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre, kempen ‘Bestnya Raya Stail Saya’ yang bukan sekadar untuk meraikan setiap keunikan gaya malah juga untuk menggalakkan pengunjung mengekspresikan pilihan terbaik mereka, tak kira apapun bentuknya, di samping menerokai gaya terbaharu

Tambahnya, “Di IPC Shopping Centre, kami sentiasa berusaha mewujudkan suasana yang ramah mesra untuk setiap tetamu kami, ia bukan hanya sebagai sebuah tempat yang selesa untuk membeli-belah atau mencari barang keperluan dengan mudah, tetapi juga menjadi destinasi pilihan di mana para pengunjung boleh merasai pengalaman bermakna bersama keluarga dan teman-teman. Bertemakan batik dan alam semula jadi yang kami tampilkan, kami berharap dapat menggalakkan orang ramai untuk lebih menghargai dan memastikan seni warisan Malaysia tetap terpelihara.”  

Sepanjang tempoh kempen ini, pengunjung juga boleh berkunjung ke setiap kiosk kecil di sepanjang Ruang Legar utama (Concourse) dan menyaksikan banyak persembahan sempena sambutan perayaan termasuklah paluan Kompang, melodi merdu Muzik Asli Kontemporari, alunan memukau Caklempong dan banyak lagi persembahan menarik. Ahli Små Club juga boleh menyertai bengkel-bengkel kemahiran seperti hiasan dekorasi, mencanting batik dan lain-lain lagi. Mereka juga mungkin berpeluang bertemu Maskot IPC Små Buddies semasa berada di pusat beli-belah.

Sebagai usaha menjadikan IPC Shopping Centre lebih mudah dikunjungi semasa musim perayaan ini, pusat ini menawarkan parkir percuma untuk jam pertama semasa hari bekerja sehingga 9 April, kecuali pada cuti am. Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh nikmati parkir percuma untuk 3 jam pertama semasa hujung minggu bila mereka berbelanja minimum RM100 dalam 2 resit dan boleh ditebus secara mudah dengan menunjukkan kad parkir untuk pengesahan di i-Counter di Aras G.

Pelanggan yang membeli-belah boleh menebus hadiah pelbagai stail daripada i-Counter juga di Aras G. Antara ganjaran yang menanti anda adalah seperti:

  • Tebus dua (2) e-baucar RM5 Bestnya Raya dengan belanja minimum RM200 dalam dua (2) resit.
  • Tebus satu (1) Set Paket Stail Raya dengan belanja minimum RM200 dalam dua (2) resit.
  • Tebus satu (1) Organiser Meja Pelbagai Guna yang diperbuat daripada kayu getah asli oleh Natural Signature dengan belanja minimum RM1,000 dalam tiga (3) resit untuk pelanggan biasa (RM800 untuk ahli Kelab Tack IPC).

Bagi terus menggalakkan pelanggan menikmati sambutan Raya secara lestari, IPC Shopping Centre akan terus bekerjasama dengan Arus Oil untuk menguruskan pengumpulan minyak masak terpakai semasa musim perayaan. Pada 14 April dan tarikh-tarikh dijadualkan sehingga akhir tahun, pengunjung boleh melupuskan minyak masak terpakai mereka di Pusat Kitar Semula dan Beli Balik atau Recycling and Buy-Back Centre (RBBC) yang terletak berhampiran dengan parkir kereta wanita di aras P1.

Sebagai sebahagian daripada Green Partner Programme yang sedang berjalan, pusat beli-belah ini juga bergabung dengan rakan-niaganya, Niki Cains Home untuk mengumpul kain, kusyen, bantal dan bantal peluk yang tidak lagi digunakan. Pengunjung yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini akan diberikan RM10 baucar tunai yang mereka boleh gunakan untuk berbelanja di kedai tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.