Eh korang kalau pergi ke Mumbai, sekarang dah ada tarikan baru taw!
Dari benda yang jarang korang boleh tengok, sekarang lebih 10,000 ekor burung bangau dikesan bebas berterbangan di bandar itu tanpa sebarang gangguan.
Disebabkan perintah berkurung di India, bangau berwarna pink dan putih atau lebih dikenali sebagai ‘flamingo’ memenuhi ruang udara Mumbai iaitu ibu negeri Maharashtra di Barat India untuk makan dan membiak sehingga ia menarik perhatian pemerhati burung di media sosial.
Burung-burung tropika itu turut dijangka datang singgah di Mumbai, beberapa bulan setahun dan sering menjadi tarikan pelancong.
Penolong Pengarah Pertubuhan Sejarah Alam Sekitar Bombay (BNHS), Rahul Knot, berkata burung dengan berparuh lengkung itu secara tradisi akan bermigrasi untuk mencari makanan dari September tahun lalu hingga akhir Mei ini.
Katanya, tahun lalu, rekod kehadiran flamingo kira-kira134,000 di kawasan berkenaan tetapi kali ini, beliau percaya rekod baharu sudah dicatat.
“BNHS juga mengesan sebanyak 125,000 bangau, namun kerja itu terganggu selepas langkah berkurung akibat koronavirus dilakukan India pada 25 Mac lalu,” katanya.
Kehadiran burung yang banyak juga dipercayai akibat kekurangan aktiviti manusia yang mematuhi perintah berkurung.
Bangau itu juga dikesan sudah menjajah kawasan tanah lembab, yang sebelum ini jarang dilihat. Kisah mengenai haiwan yang kini bebas berada di bandar dan kota yang ditinggalkan manusia kini sudah terbit di merata dunia dan fenomena itu dapat dilihat di India.
Sehingga kini negara itu masih dalam tempoh berkurung sebagai usaha untuk menyekat penularan wabak koronavirus. Keretapi, kapal terbang serta bas tidak beroperasi dan cuma hanya aktiviti penting sahaja dibenarkan berjalan.
Selain bangau, haiwan lain yang dilihat mendapat manfaat besar adalah monyet di Delhi, ikan lumba-lumba turut dilihat di Sungai Ganges buat kali pertama dalam tempoh beberapa tahun.
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak