Kalau korang dah sampai Sarawak, make sure korang tak lepaskan peluang untuk try laksa Sarawak di beberapa gerai yang sedap laksanya dan korang takkan menyesal.
Sebabnya, Laksa Sarawak tidak sama seperti variasi laksa yang ada di Semenanjung Malaysia seperti Laksa Penang, Johor dan lain-lain. Pertamanya, mee yang digunakan, kedua kuahnya.
Kuah Laksa Sarawak ini kelihatan seperti kari, tetapi rasanya tidak langsung seperti kari. Ia mempunyai rasa yang tersendiri.
1. Golden Arch Café
Kawasan rumah kedai di Golden Arch ni pada waktu pagi memang penuh dengan orang ramai dan dikatakan salah satu ‘stall’ yang ada di kafe ini telah berniaga selama 20 tahun dan kuahnya lebih pekat.
Gerai ini dibuka setiap hari dari 6 pagi sehingga 1 petang setiap hari dan waktu puncak dan ramai pelanggan biasanya dari 8 pagi hingga 9 pagi.
2. Teresa Laksa
Teresa Laksa merupakan antara gerai laksa yang terkenal dan paling awal di Kingtop, Kuching.
Sama seperti gerai lain, mereka juga menghidangkan pelbagai lagi masakan yang special Sarawak seperti Mee Kolok dan lain-lain. Kalau nak makan Laksa waktu senja, boleh ke sini sebab kedai ini beroperasi bermula dari pukul 6 petang.
Lokasi gerai ada di belakang Parkson Grand Kuching.
3. Pak Amit Café
Pak Amit Café ini merupakan café yang ada banyak cawangan di Kuching. Waktu operasi adalah 8 pagi hingga 8 malam.
Disebabkan ia adalah kedai yang bercawangan, boleh cuba mana-mana cawangan yang ada di Kuching. Udang yang digunakan sangat fresh ye…
4. 126 Laksa
Terletak di Jalan Chan Chin Ann, 126 Laksa terletak di tingkat bawah dan berhadapan dengan Da Apple Kopitiam. Cari bangunan berwarna putih.
Specialnya di sini, ada juga laksa yang dihidangkan dengan sotong dan kerang. Fuh!
Dibuka seawal 6.30 pagi sehingga 3.30 petang.
5. Aroma Café
Selain beroperasi secara harian, Aroma Café juga menyediakan perkhidmatan catering. Walaupun menyediakan makanan yang pelbagai (tidak seperti gerai lain yang hanya menjual laksa), Laksa Sarawak di Aroma Café adalah sedap.
Selain laksa, café ini juga menjadi ‘port’ pilihan untuk makan tengah hari.
Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju