Air Sungai Berwarna Hitam, Tempat Rahsia Di Pekan Pahang

2 Comments

Terkenal dengan nama ‘Black Water Jewel’, Sungai Bebar yang berwarna hitam ini sebenarnya terletak di kompleks hutan paya gambut terbesar di Asia Tenggara berdasarkan ‘Human Development Report’ (UNDP 2006).

‘Black Water Jewel’ yang ditafsirkan kepada Air Permata Hitam adalah berpunca kerana warna airnya yang hitam, disebabkan oleh pewarna semulajadi daripada kandungan bahan organik tinggi yang berada di dalam sungai ini.

Bebar adalah sungai yang mengalir di dalam hutan paya gambut dari tempat tinggal Orang Asli. Ia terletak kira-kira 40 km dari Pekan, Pahang. Menariknya, sungai ini adalah tempat yang tidak diganggu dengan pembangunan bandar.

Untuk mendapatkan pengalaman penuh di sini, korang boleh berkhemah di sepanjang Sungai Bebar ini. Dari tempat Orang Asli di Runchang (sepanjang Lebuhraya Segamat-antara Chini – Muadzam Shah), korang boleh menyewa bot bermotor atau kanu untuk menyusuri ke sungai sepanjang perjalanan ke Nenasi.

Korang juga disarankan untuk berhenti di mana-mana kampung Orang Asli di sepanjang jalan, bermalam bersama mereka dan kemudian teruskan perjalanan anda pada keesokan harinya.

Perjalanan sepenuhnya akan mengambil masa 3 hari, 2 malam, jadi bawalah peralatan perkhemahan, makanan, air minuman, kemudahan untuk memasak, peralatan menangkap ikan dan pakaian yang mencukupi.

Jangan lupa untuk mengupah pemandu pelancong Orang Asli dari kampung yang anda menetap. korang juga boleh melakukan lawatan ini bermula dari Nenasi dan berakhir di Runchang.

Sepanjang perjalanan menyusuri sungai ini, semakin banyak perkara yang boleh lakukan, memancing adalah aktiviti utama. Selain itu, korang boleh melihat burung, dan banyak flora dan fauna lain yang tidak dapat ditemui di kawasan lain.

Dan bagi yang tak fikir untuk menginap di sana, aktiviti pelayaran selama tiga jam juga boleh diatur dari Runchang ke Nenasi di Pekan.

Walaupun buaya di Pahang tidak makan manusia tapi korang disarankan untuk berhati-hati dengannya kerana kadang-kadang korang dapat melihat mereka terapung di sungai. 

Kadang-kadang, korang juga dapat melihat mereka bersembunyi di tebing sungai untuk melindungi sarang mereka.

Sumber gambar: Lensapekan

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

2 Replies to “Air Sungai Berwarna Hitam, Tempat Rahsia Di Pekan Pahang”

    1. Salam sejahtera. Black Water Jewel ni sebenarnya bernama Sungai Bebar dan para pengunjung boleh melawat beberapa lokasi di sepanjang sungai tersebut dari Nenasi sampai ke Runchang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.