Pulau Pinang ni memang banyak port yang best kalau nak pergi, jangan cakap tempat penginapan, tempat makan pun best, macam syurga taw!
Tu baru dekat Penang, dan korang tahu tak dekat negeri itu juga ada 1 lagi tempat menarik yang korang memang tak patut lepaskan peluang iaitu Pualu Jerejak.
btw, mesti korang tertanya-tanya apa yang menarik di Pulau Jerejak ini, bukan? Terbaru, seorang pengguna Twitter @hazwanhfiz telah berkongsi beberapa keping gambar yang menarik di Pulau Jerejak.
Pulau Jerejak adalah lokasi yang sesuai untuk melihat matahari terbenam yang berlatar belakangkan Pulau Pinang. Memang romantik jika melihat bersama pasangan.
yang menariknya, Pulau Jerejak sangat ‘Instagrammable’ dan pastinya kaki foto akan suka berkunjung ke sini untuk mendapatkan gambar-gambar yang boleh dikongsikan di media sosial.
Korang yang 1st time datang pun mestii teruja gila!
Untuk pengetahuan korang, Pulau Jerejak berusia hampir 150 tahun ini sebenarnya pernah menjadi pusat kuarantin untuk penyakit kusta dan tibi serta memiliki sejarahnya tersendiri.
Terdapat banyak peninggalan sejarah yang ada di sini seperti pusat kuarantin, memorial tentera Rusia, empangan lama, war bunker, gereja lama, kuburan lama, pusat tahanan, penempatan kusta dan tibi, dan juga penjara dan blok pentadbiran.
Perjalanan dari jeti ke Pulau Jerejak tak lama pun, lebih kurang 15 minit camtu.
Satu-satu masa bot boleh bawak tak lebih 56 orang penumpang sahaja.
Nak makan? Char Kuey Teow pun ada.
Pemandangan abam Gaya jamin menarik sebab dok tepi laut.
Mudah sahaja untuk ke Pulau Jerejak ini, korang hanya perlu ke jeti Pulau Jerejak yang berdekatan Queensbay Mall. Harga tiket bot pergi dan balik berharga RM20 sahaja dan anda dapat baucar air RM5 secara percuma.
Bot beroperasi setiap sejam dan bermula dari 6.30 pagi hingga 12.30 pagi. Perjalanan dari jeti ke Pulau Jerejak dalam lebih kurang 15 minit dan satu bot hanya boleh memuatkan 56 penumpang sahaja. Sebelum terlupa, baucar yang korang dapat tadi boleh tebus di Pulau Jerejak.
Menarik kanPulau Jerejak ini? Kalau korang belum pernah ke sini, korang harus berkunjung untuk menikmati keindahan dan kecantikan Pulau Jerejak ini.
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak