Sebelum check in hotel… korang ‘wajib’ buat benda ni dulu

0 Comments

Yay, dh boleh pegi bercuti kan? Well rakyat Malaysia dibenarkan bergerak ke sana ke sini dan melancong dalam negara. Mesti korang dh plan nak pergi mana2 kan? 

Walaupun kita dibenarkan untuk melancong, korang harus sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan agar tidak terjangkiti dengan wabak pandemik COVID-19. 

Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga apabila ‘check-in’ ke tempat penginapan. Jika dulu kita hanya periksa sama ada kamera tersembunyi, kini kita kena berjaga-jaga dengan wabak COVID-19 pula.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia di Facebook, ketika ingin masuk ke bilik penginapan seperti hotel dan sebagainya, uols perlu lakukan beberapa perkara sebagai langkah pencegahan. Dan korang perlu memilih hotel yang mematuhi SOP dan menyediakan cecair disinfeksi atau spray disinfeksi.

Kemudian, semburkan cecair disinfeksi atau spray disinfeksi di tombol pintu, tandas, katil, dan permukaan yang sering disentuh. Akhir sekali, buka tingkap dan pintu untuk beberapa minit untuk pengudaraan dan pencahayaan kerana kita tidak tahu siapa pelanggan sebelum kita.

Diharap korang yang ingin melancong sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan elakkan berada di tempat yang sesak. Sama-sama kita memutuskan rantaian COVID-19 ini. 

Kita pasti boleh!

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.