Memang ramai menunggu waktu untuk kembali melancong seperti biasa, tapi dah boleh melancong, tengok harga tiket flight, mahu teduduk berpeluh jap! Haha
kecoh di media sosial apabila netizen mengadu tentang kenaikan harga tiket penerbangan MAS dan AirAsia yang mencecah ribuan ringgit.
Malah ada netizen yang mengecam harga tiket tersebut terlalu mahal seperti kadar tiket ke luar negara macam Dubai dan London, walaupun ia sebenarnya hanya untuk destinasi dalam Malaysia.
Paling tidak masuk akal dan dipertikaikan netizen adalah harga tiket bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak juga sebaliknya, yang nyata menimbulkan masalah bagi individu yang sering berulang-alik atas urusan kerja dan sebagainya.
Ada laporan media mengatakan bagi penerbangan sehala dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Miri hingga mencecah lebih RM1,500!
Berdasarkan tinjauan di laman sesawang kedua-dua syarikat penerbangan itu sememangnya mendapati harga tiket agak mahal hingga mencecah lebih RM2,000 seorang untuk penerbangan pergi-balik dari KL ke Kuching.
Okay tepuk dahi jap.
Kenaikan harga tiket penerbangan pada masa ini nyata memberi kesan kepada rakyat yang mahu menaiki pesawat untuk urusan perniagaan, kerja, keluarga dan sebagainya.
Malah ia juga boleh merencatkan rancangan bagi membantu melonjakkan semula industri pelancongan domestik selepas berakhirnya larangan rentas negeri.
So apa plan u gais sekarang?
Sumber: Rileklah
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak