Phuket dah terima orang ramai untuk melancong!

0 Comments

Walaupun boleh bercuti dalam negara pun, tapi tetap la nak ambil tahu tentang pelancongan luar negara kens? 

Well gaiss, Phuket, pantai peranginan yang terkenal di kalangan pelancong antarabangsa di Thailand kini dibuka semula kepada pengunjung bermula Selasa lepas. 

Manakala hotel-hotel di pantai Phuket pula dijangka akan mula beroperasi pada bulan Julai depan.

Mengumumkan pembukaan semula pantai itu, Gabenor Wilayah Pulau Selatan Thailand, Supoj Rodruang na Nongkhai meminta semua pengunjung untuk sentiasa mematuhi SOP termasuk menjaga penjarakan sosial serta memastikan kebersihan pantai, tandas dan kawasan sekeliling daripada jangkitan penyakit.

Beliau juga menasihati semua pengusaha hotel agar membuat pengubahsuaian mengikut norma baru sebelum mula menerima tetamu pada bulan depan.

Selepas ini, semua penyelamat pantai dan pegawai pemeriksa di Phuket akan memastikan para pengunjung memakai topeng muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman ketika beriadah di pantai tersebut.

Namun, sebarang penganjuran pesta di tepi pantai masih tidak dibenarkan.

Phuket juga telah memberi kebenaran untuk membuka semula pusat membeli-belah, restoran, kedai gunting rambut, gimnasium, kelab kecergasan, panggung wayang, zoo dan rumah urut, dengan prosedur ketat kawalan penyakit.

Sudah lebih 2 minggu, Phuket tidak mencatatkan sebarang kes baru COVID-19.

Psst… uols dah berangan ketew? Ihiks! 


Sumber: Bangkok Post

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.