29 Buah Kisah Di Setiap 29 Buah Rumah, Hanya Di Terengganu

0 Comments

Terengganu ni banyak tempat tradisional yang korang boleh pergi, dan memang menarik dan korang takkan menyesal. 

Antaranya, Terrapuri Heritage Village yang dibangunkan seorang berbangsa Cina Peranakan yang sangat mencintai warisan lama. 

Menariknya di Terrapuri Heritage Village ini terdapat 29 buah rumah dengan 29 kisah tersendiri. Antaranya: 

1.   Rumah Tembakang

Dipercayai dibina pada akhir kurun ke-19 dan dimiliki oleh Khatib Abdul Rahman yang merupakan seorang guru agama, ketua kampung dan juga bangsawan.

2.   Rumah Paloh

Ini rumah yang aku menginap ketika berada di Terrapuri. Rumah ini dimiliki oleh Mek Long seorang pengusaha tenunan kain songket bangsawan Terengganu. Tidak hairanlah kenapa di rumah ini terdapat banyak ‘pencetak songket’ dijadikan hiasan. 

3.   Rumah Kedai Buluh

Rumah ini asalnya dimiliki oleh seorang pendekar yang bernama Abu Bakar. Rumah ini dibina oleh tukang mahir dan anak buah silat pendekar Abu Bakar sendiri.

4.   Rumah Binjai Rendah

Rumah ini pemilik asalnya adalah seorang wanita bernama Mariam yang merupakan usahawan menjual kain pada akhir kurun ke-19.

5.   Rumah Belukar Titian

Didirikan oleh Mat Zin yang merupakan pengusaha manisan kelapa. Beliau juga membuat anyaman daun mengkuang dengan bantuan anak perempuan beliau.

6.   Rumah Tasek

Dimiliki oleh saudagar perahu besar. Dibina pada penghujung abad ke-19. Dibeli oleh penghulu, Ali bin Ghani. Rumah ini telah dipindahkan sebanyak 2 kali dari kampung asal Chabang Tiga dan yang terakhir dipindahkan ke Kampung Tasek.

7.   Rumah Dusun

Didirikan oleh saudagar perahu bedar. Dibeli oleh tok guru agama, Ustaz Abdul Rahman Harun dan isterinya, Che Nik Ibrahim yang mengambil upah menjahit baju.

8.   Rumah Jeram

Kepunyaan Katib Ali Mat yang merupakan seorang guru agama di Jeram dan mempunyai ramai penuntut. Rumah Jeram ini dibina oleh seorang tukang tersohor.

9.   Rumah Sg. Mas

Dimiliki oleh pengusaha tanaman ubi yang bernama Ismail Hj Salleh. Dibina oleh tukang sohor iaitu Ayah Ngah Kot.

10.   Rumah Pulau Musang

Dibina pada abad ke-19 oleh seorang guru agama. Penduduk kampung menghantar anak-anak mereka untuk belajar agama dan mengaji Al-Quran di sini.

Dalam banyak-banyak rumah aku sangat tertarik dengan rumah ini. Rumah ini dikatakan rumah ulamak. Pada dinding (atas) rumah ini ditulis dengan kalimah ayat suci.

11.   Rumah Seberang Takir

Dimiliki oleh Ismail atau Pak Wei yang dibeli dari seorang saudagar. Rumah asal terletak di Kg. Binjai Rendah tetapi dipindahkan ke Kg Seberang Takir.

Sebab itulah rumah ini dinamakan Rumah Seberang Takir, sempena rumah asal yang dipindahkan ke Seberang Takir.

12.   Rumah Gelugor Raja

Pemilik asal rumah ini bernama Tok Lijah Yusof yang merupakan seorang guru mengaji dan guru agama. Selain menjadi seorang guru mengaji dan agama, beliau seorang yang mahir membuat kuih tradisi Terengganu lama.

13.   Rumah Pengkalan Kubu

Pemilik rumah asal Rumah Pengkalan Kubu ini ialah Awang Yusof iaitu ketua Kampung Kubu. Rumah ini telah dibina pada tahun 1908 (1326H)

14.   Rumah Kubang Jela

Rumah ini telah dibeli oleh Hj Omar bin Ismail daripada Che Mat Che Lek yang merupakan saudagar batik dan songket.

15.   Rumah Nibong

Merupakan rumah bangsawan Melayu Terengganu yang didirikan sekitar tahun 1888. Rumah ini kemudiannya diwarisi oleh Haji Abdullah Said yang merupakan Ketua Kampung.

Setiap rumah di sini disediakan tempayan dan betuk di setiap tangga rumah. Adat orang dulu-dulu, sebelum naik ke rumah mestilah membasuh kaki dan di Terrapuri Heritage Vilage ini, mereka mengekalkan adat Melayu lama tersebut.

Malah pihak Terrapuri Heritage Village turut membuka peluang bagi mereka yang ingin membuat photo shoot gambar perkahwinan di sini serendah RM500 untuk setengah hari. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di sini, Terrapuri Heritage Village turut menyediakan pakej dan menerima tempahan.

Suasana yang permai, persekitaran yang 100% menggambarkan kehidupan tradisional Melayu, peralatan lama yang digunakan serta dipamerkan di sini seolah membawa aku ke suatu zaman yang berlainan. Tapi jangan bimbang, walaupun keadaan rumah lama dikekalkan namun setiap rumah di Terrapuri Heritage Village ini turut diberi sentuhan moden.

Setiap rumah disediakan penyaman udara, pemanas air dan bathtub. Sentuhan moden kontemporari pada setiap rumah menjadikan rumah Melayu lama ini kelihatan sangat mewah. Namun paling menarik adalah sentuhan klasik yang dikekalkan hinggakan sabun mandi yang dibekalkan untuk pengunjung juga sangat menggamit memori masa silam.

Pada sebelah malam pula, jika bernasib baik..korang akan berpeluang untuk melihat sendiri kelip-kelip di depan mata.

Bagi korang yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman seolah berada di zaman silam, datanglah bercuti bersama keluarga ke Terrapuri Heritage Village. 

Terrapuri Heritage Village

Kampung Mangkuk, 22120,

Setiu, Terengganu

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.