Jom Ke Kafe Ala Harry Potter Ni Dekat Ipoh Je!

0 Comments

Siapa dekat sini yang suka buat aktiviti food hunting atau popular dengan nama ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ (JJCM)?

Korang pasti suka kalau travel ke mana-mana destinasi, mesti perkara pertama yang nak dicari tentunya tempat makan best atau ‘rare’ yang menyediakan hidangan sedap dan wajib cuba!

Kalau korang pergi ke Ipoh, Perak yang sememangnya antara lokasi paling best untuk JJCM, korang jangan lupa untuk singgah ke sebuah kafe menarik berkonsepkan “Harry Potter” yang mungkin masih ramai yang belum mengetahui akan kewujudannya atau pernah menjejakkan kaki ke sana.

Kafe unik ini bernama ‘Platform 9 ½’ dan ia terletak di deretan kedai-kedai di lorong Concubine Lane yang memang menjadi lokasi popular pengunjung jika ke Ipoh.

Kafe setinggi 2 tingkat ini bukan sahaja menampilkan rekaan luaran dan dalaman seperti dalam filem terkenal Harry Potter, bahkan pengunjung juga berpeluang untuk mencuba beberapa pakaian serta props yang dipakai watak-watak dalam filem berkenaan yang persis ahli silap mata dan magician.

Jadi, bolehlah kalau korang nak bergambar sakan ala-ala watak kegemaran korang dalam Harry Potter!

Jika ke kafe ini, selain boleh lepak-lepak sambil minum pelbagai jenis kopi atau aiskrim yang disediakan, korang juga disyorkan untuk mencuba sendiri keenakan minuman rasmi di ‘Hogwarts’, Butter Beer yang menjadi kegilaan peminat Harry Potter.

Tetapi di sini minuman itu tidak menggunakan sebarang beer yang memabukkan, sebaliknya diubahsuai menjadi ‘Butterscotch Float’ yang mempunyai aroma manis dan lembut.

Harga minuman ini cuma RM10.90! Memang layan air ni, saya pun dah cuba!

Jadi kalau korang ada plan nak jenjalan Ipoh nanti, bolehlah singgah Kafe Platform 9 ½ ini, memang syok tau! Seluruh ceruk luar dalam kafe cantik dan boleh jadi background gambar Instagram! Hehe…

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.