Korang suka benda yang mencabar? Then korang boleh pergi ke Jepun, ada hantu drive thru korang boleh layan dekat sini.
Ini semua idea yang keluar pada waktu pandemik, hebat kan?
Dilaporkan dari Mashable Se Asia, Kowagarasetai merancang rumah berhantu menggunakan konsep “drive-thru” agar pengunjung terhindar dari virus Covid-19.
Dilaporkan reka bentuk rumah berhantu drive-thru ini adalah yang pertama di dunia.
Sesuai dengan temanya, para pengunjung dapat menikmati ketakutan bertemu dengan pelbagai hantu di dalam kereta masing-masing.
Pengunjung boleh menggunakan kereta persendirian atau kereta sewa yang disediakan di lokasi.
Pengunjung yang menggunakan kereta persendirian akan dikenakan bayaran RM319.
Tapi kalau korang menggunakan kereta sewa, bayaran tambahan sebanyak RM40 akan dikenakan.
“Di dalam kereta, para tamu dapat berteriak sekuatnya yang mereka mahukan, ketika makhluk yang mengerikan datang mengelilingi mereka.
“Bahkan format baru mungkin lebih menakutkan daripada rumah berhantu biasa,” kata produser Kenta Iwana, seperti dilaporkan Gulftoday.
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak