Cameron Highlands ni memang banyak tempat korang boleh pergi, banyak tempat yang menarik, sampai korang akan pening kalau nak susun 1 per satu tempat korang nak singgah.
And Cik Gaya sure kalau korang takkan sempat nak singgah semua tempat tu dalam masa sehari. So korang kena stay lah 2 hari dekat Cameron ni, barulah berbaloi-baloi!
Tapi korang jangan risau, bab ni Cik Gaya boleh bantu korang dengan buat list semua tempat and korang boleh plan betul-betul once dah sampai!
Perkongsian ini dibuat oleh Syafiq Syakri dalam FB dia and Cik Gaya share dengan uols okay!
So korang boleh bajet berapa banyak cash korang nak bawak.
Ladang teh
- Bharat Valley Tea House
- Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
- Ladang Teh Boh Sungai Palas
- Boh Tea Garden
✅ Masuk Percuma
✅ Buka 9.00am- 4.30pm
✅ Nikmati tea, cake dll desert
Tempat menarik yang FREE
? YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu) (8.30 pagi – 6 ptg)
?KHM Strawberry and Jem (8.30 pagi – 6 ptg)
? Cactus point (9 pagi – 6 ptg)
? Big Red Strawberry Farm (8 pagi – 6 ptg)
? Ladang Lebah (8 pagi – 7 mlm)
? Ladang Anggur Bertam Valley (9 pagi – 5 ptg)
? Kea Farm (8.30 pagi – 6 ptg)
? Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)
Tempat menarik yang BERBAYAR
? Taman Agroteknologi MARDI. Dewasa RM5, Kids RM3 (8.45 pagi – 5 ptg)
? Lavender Garden. Dewasa RM10, Kids RM7 (9 pagi – 6 ptg)
? Butterfly Garden. Dewasa RM7, Kids RM5 (9 pagi – 6 ptg)
? Orkid and Rose Garden. Dewasa RM8, Kids RM6 (9 pagi – 6 ptg)
Makanan yang wajib cuba
? Aiskrim Malaysia Strawberry
? Aiskrim Strawberry
? Scone
? Strawberry coklat
? Nasi Lemak Sambal strawberry
? Sayuran goreng
? Steamboat cheese highlands
? Jagung mutiara rebus
? Ubi rebus
Highland steamboat cheese. Dewasa-RM 35, kanak2- RM 20 (5 ptg – 12 mlm)
The stone valley steamboat. Dewasa – RM 35, kanak2- RM 18 (5 ptg – 12 mlm)
Ole-oleh wajib beli
? Strawberry
? Jambu epal (merah dan hijau)
? Sayuran segar (10 sayur RM10)
? Buah-buahan Kering
? Coklat buah-buahan
? Kordial buah-buahan
?Maklumat tambahan
Extra info suhu di Cameron Highlands
?Pagi – 17oC
?Siang – 24-26oC
?Malam – 18oC
Menarik kan? Ayuh la kita!
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak