Port terbaik di Kelantan korang patut cuba

0 Comments

Meskipun ramai yang sering mengaitkan makanan orang Kelantan yang sukakan manis, namun sebenarnya negeri Cik Siti Wan Kembang ini ibarat syurga makanan yang tak kurang lazatnya.

Kalau korang melancong ke Kelantan atau ada yang baru nak kelik kampung selepas berbulan-bulan lamanya tak dapat jejakkan kaki ke kampung halaman, ini dia port best korang boleh pergi untuk makan.

  1. Kedai Bihun Sup Pantai Dasar 

Kedai ini boleh menjadi pilihan pertama untuk anda mengisi perut sekiranya baru sahaja mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu.

Dari airport anda hanya perlu memandu straight dan jumpa cabang 4 sabak, belok sebelah kiri dan Kedai Bihun Sup Pantai Dasar ini terletak tidak jauh dari kawasan Pantai Sabak.

Di sini anda boleh menikmati pelbagai jenis menu berasaskan sup panas yang dipenuhi dengan isi daging dan perut lembu dengan harga serendah RM4 sahaja!

Makanan ringan seperti jeruk dan keropok lekor juga ada.
  1. Baloh Jembal 

Baloh Jembal adalah sebuah restoran yang beroperasi di premis berkonsepkan istana melayu tradisional.

Baloh Jembal sesuai untuk membawa family, kawan-kawan, makan tengah hari, makan malam, minum petang, majlis keraian khas, majlis hari jadi, majlis perkahwinan dan lain-lain.

Bagi siapa yang nak rasa hidangan selera kampung seperti nasi ulam dengan Ikan Bekok, singgang daging ulam budu, asam pedas ikan patin ulam budu, makanan panas dan juga menu western boleh singgah makan tengah hari di sini.

Jangan risau walaupun anda makan dengan suasana istana lama namun restoran ini mengamalkan SOP yang ketat seperti yang telah ditetapkan Kerajaan.

  1. Mee Celup Viral Kelate

Anda mengidam nak makan mee celup best di Kelantan yang lain dari lain? 

Jika ya, anda boleh saja mengunjungi ke mana-mana kedai yang berhampiran dengan lokasi anda.

Anda boleh pilih sama ada di Kota Bharu, Ketereh, Peringat, Bachok, Tumpat mahupun Pasir Mas!

  • Mee Celup Lauk Stambung Warung Raysha Kok Lanas Ketereh
  • Mee Celup Warung Maggi Sotong Kg. Dalam Rhu Tumpat
  • Mee Celup Mek Kelate Kg. Lubok Kawah Pasir Mas
  • Mee Celup Bonda Din Wakaf Tok Wali Peringat
  • Mee Celup Warung Sup Berek 12 Kota Bharu
  •  Mee Celup 3 Beradik Bachok
  1. KB Thai Restaurant

Bagi siapa yang teringin nak menikmati Tomyam Poktek yang sedap umpama makan tomyam di Thailand, anda dicadangkan untuk singgah menjamu selera di restoran KB Thai ini.

Selain harga makanannya yang murah, ruang makan di restoran ini juga besar dan berhawa dingin, cukup selesa untuk keluarga besar anda menjamu selera.

Selain Tomyam Poktek, antara menu yang wajib anda cuba adalah Sup Ekor dan Lobster Buttermilk yang cukup istimewa ini.

  1. D’rofa Maggi Sotong Gergasi 

Siapa yang suka mencuba menu viral seperti maggi sotong gergasi anda boleh singgah di D’rofa Maggi Sotong Gergasi Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.

Selain maggi sotong, anda juga boleh cuba hidangan Shell Out mereka yang sangat murah hanya RM10 sahaja.

Antara menu lain di kedai ini adalah udang goreng celup, mee udang, sotong dan udang bakar, somtam seafood, mee udang galah serta nasi goreng udang galah.

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.