Korang percaya tak dengan bajet sekitar RM1,400-RM2,000 korang sebenarnya dah boleh bercuti berdua ke luar negara selama 4 hari 3 malam?
Jangan tak percaya sebab menurut data Tinjauan Trend Percutian Agoda, majoriti pelancong Asia hanya ‘spend’ antara RM804-RM2,000 seorang untuk percutian termasuklah pengangkutan dan penginapan.
Korang berani tak nak sahut ‘challenge’ Agoda untuk bercuti dengan bajet cuma RM1,400? Haa, kalau tak berani jom kita tengok jadual percutian apa yang boleh korang boleh ‘takluk’ dengan bajet ini.
Bandar Da Nang & Hoi An, Vietnam – RM1,995 (2 pax)
Kaya dengan budaya, korang boleh gabungkan pembelian penerbangan dan penginapan malam pertama di Seahorse Han Market Danang Hostel dengan harga sekitar RM1,366.77 je. Caranya mudah, hanya perlu tempah di Agoda sebab korang boleh dapat diskaun tambahan yang menarik dan berbaloi-baloi!
Daripada tempat penginapan ini, korang boleh melawat tempat pelancongan menarik macam Pasar Han, Pasar Malam Son Tra dan Jambatan Naga. Jangan ketinggalan juga untuk tonton sendiri persembahan api dan air dari jambatan ini selain daripada Pesta Bunga Api Antarabangsa 2023 kalau korang berhasrat nak melawat antara bulan Jun hingga Julai. Tiket boleh korang dapatkan dari SINI.
Lepas dah penat seharian, korang recharge semula tenaga untuk teroka bandar Hoi An yang sangat memukau terutamanya pada waktu malam. Haa, malam kedua dan ketiga bolehlah korang menginap di lokasi yang tawarkan pengalaman ala-ala Mediterranean di Santorin Hoi An Villa dengan bajet sekitar RM249 sahaja. Dari lokasi penginapan ni, korang boleh ‘leisure walk’ menikmati bandar yang luar biasa cantiknya, terasa macam di Eropah pun ada.
Hari terakhir sebelum korang kembali ke realiti, jangan lupa untuk buat lawatan sejarah dan budaya masa lalu Vietnam Tengah dengan aktiviti menerokai kuil Hindu purba yang jarang ditemui di My Son Sanctuary. Kalau korang nak rilek-rilek bersantai dan berjemur, bolehlah ke kawasan pantai yang terletak hanya beberapa kilometer dari Old Town.
Jadi korang rasa boleh sahut tak challenge RM1,400 Agoda ni?
Nanti min share pula challenge untuk percutian domestik dengan korang. Jangan lupa untuk stay tuned!