Puaskan Keinginan Citarasa Korea Di Kawkki Korean Flaming Chicken

0 Comments

Demam hidangan makanan Korea masih belum surut nampaknya. Untuk food hunter yang craving gabungan rasa tradisional dan moden Korea boleh cuba Kawkki Korean Flaming Chicken. Terletak di IOI Mall Puchong, restoran ini menawarkan perjalanan kulinari yang mempamerkan warisan budaya masakan Korea yang kaya dan kerancakan inovasi masakan kontemporari.

Kawkki menawarkan pilihan pelbagai menu klasik & kontemporari seperti Spicy Tteokbokki dan Cheese Snow. Antara hidangan wajib cuba yang lain termasuk Kawkki Spicy Red Chicken with stuffed rice, Kawkki Authentic Korean-style marination roasted chicken with stuffed rice & Kawkki Cheesyellow Roasted Chicken in quadruple melted cheese with stuffed rice!

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kawkki Ben Kuan berkata, “Pasukan pakar masakan kami memastikan proses penyediaan yang teliti dalam masa 48 jam untuk setiap hidangan, merangkumi gabungan unik rempah dan intipati masakan Korea. Dengan visi yang menyeluruh untuk membawa Korean Flaming Chicken yang terbaik kepada pengunjung kami Kawkki telah menjadi lebih daripada sekadar tempat makan—ia adalah perjalanan kulinari yang menggabungkan tradisi & inovasi.”

Kawkki memberi tumpuan yang mendalam pada kualiti, memilih hanya bahan-bahan segar dan menggunakan teknik masakan terbaik. Setiap hidangan meraikan tekstur dan rasa, direka dengan teliti untuk memberikan pengalaman makan yang tiada tandingan.

Kwakki direka untuk menempatkan 100 pengunjung dan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.