A&W Dah Sampai Ke Perligh!

0 Comments

Orang kata, kalau pi Perligh jgn lupa cuba kopi arau. Pastu singgah Kangar, makan A&W!

Iya korang, A&W dah sampai ke Perlis Indera Kayangan. Cawangan terbaharu mereka dah dibuka di Kangar. Pembukaan cawangan ini turut menjadi tanda komitmen jenama ikonik ini untuk membawa makanan segera klasik ke seluruh negara. 

Pembukaan cawangan ini adalah lanjutan daripada pelancaran cawangan ke-100 A&W di Sierra 16 di Puchong, Selangor, diikuti oleh sebuah lagi di Terminal 2 KLIA. Restoran baharu ini menjadi bukti kepada pertumbuhan pesat jenama ini dan popularitinya yang kekal relevan, dalam aspirasi A&W Malaysia untuk mencapai 130 cawangan di seluruh negara menjelang 2024.

Satu keunikan A&W di Kangar ini adalah komitmennya untuk menawarkan perkhidmatan 24 jam kepada komuniti setempat; 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Ini bermakna bahawa penduduk Perlis dan juga pelawat yang singgah ke negeri ini dapat menikmati makanan A&W kegemaran mereka pada bila-bila masa sahaja.

Selain itu, restoran A&W Baharu di Kangar ini turut akan menawarkan kemudahan perkhidmatan pandu lalu.Tanpa mengira sama ada anda seorang individu, keluarga atau pengembara yang mahukan hidangan yang cepat dan lazat, A&W baharu di Kangar pastinya mempunyai sesuatu yang boleh ditawarkan untuk semua. 

Dalam meraikan perjalanan luar biasa jenama tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang berkata, “A&W telah berkembang bersama-sama Malaysia, merangkumi pelbagai lapisan generasi warganya. Sealiran dengan peredaran masa, A&W turut berubah untuk memberi perkhidmatan kepada generasi baharu dan pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri ikonik yang menjadikan kami benar-benar AWesome (Hebat)! 

Sejak penubuhannya di Malaysia pada tahun 1963, A&W telah menawan hati setiap pelanggan, sama ada muda dan tua yang telah menikmati hidangan menu klasiknya. Merangkumi hidangan Coney yang enak, wafel yang memikat selera dan minuman A&W RB Float yang menyegarkan, A&W telah menjadi sumber keriangan yang berterusan sejak beberapa generasi lamanya. Belakangan ini, golongan generasi muda Malaysia juga telah memberi sambutan kepada hidangan istimewa baharu A&W seperti Burger Mozza dan Ayam Goreng Aroma Emas A&W, semuanya disediakan dengan menggunakan ramuan segar untuk memastikan tahap kualiti tertinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.