Kedai Mie jamu mata pengunjung dengan Jalur Gemilang setiap hari

0 Comments

Masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan ini membuat Dang Sari terkenangkan satu warung di mana selalunya kita akan nampak banyak Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan kan

Namun, kedai seorang warga emas yang menghiasi kedai makanannya dan ditambah dengan pelbagai deklorasi berkonsepkan jalur gemilang boleh dilihat setiap hari

Konsep restoran berkonsepkan Jalur Gemilang yang menarik perhatian ramai di laluan utama antara bandar Pekan ke Tanjung Lumpur dan Kuantan di samping mewujudkan kelainan.

Lebih dikenali dengan nama kedai makan Mie Merdeka sudah cukup memberi gambaran sebenar kedudukan premis itu yang dari jauh sudah jelas dipenuhi dengan hiasan jalur gemilang dan sejarah kemerdekaan.

A picture containing outdoor, sky, ground, truck

Description automatically generated
Mie melaungkan kemerdekaan di dalam van telah siap dicat berkonsepkan bendera Malaysia

Mie berkata dia ingin melakukan sesuatu kelainan dengan membina kedai berlatarkan bendera Malaysia kerana memberi peluang kepada pelanggan yang ingin mencari suasana makan berkonsepkan semangat patriotisme dan sejarah Malaysia.

Menurutnya, walaupun menelan belanja kira-kira RM54,000 sejak kedainya dibuka pada 20 tahun lalu namun wang ringgit tidak mampu mengukur semangat patriotisme yang tersemat dalam dirinya.

“Saya akan menggunakan bahan terbuang termasuk tunggul kayu, tayar, buluh dan pelbagai jenis barangan terpakai serta motosikal dan kereta terpakai yang akan dihiasinya dengan warna jalur gemilang dan sejarah kemerdekaan negara supaya kelihatan menarik di kedai.

“Ini cara saya nak tunjukkan rasa cinta dan mempamerkan rasa bertuah menjadi anak Malaysia menerusi pemasangan banyak bendera yang menjadi hiasan utama kedai saya. Saya bangga sebab negara kita dah merdeka hampir 63 tahun.

“Ramai yang datang ke kedai saya akan teruja dengan hiasan kedai saya kerana di sini sambil makan, pelanggan boleh mengenali sejarah kemerdekaan yang sedikit banyak dapat menghidupkan semangat patriotisme apabila datang ke kedai saya,” katanya.

A picture containing indoor

Description automatically generated
Mie sedang melukis kedainya dengan hiasan bunga kebangsaan 

Apa yang Dang Sari paling tabik spring dengan Mie Merdeka ini walaupun pernah digelar tidak siuman, dan dikritik sesetengah pihak,namun tetap meneruskan usaha memberi pendidikan sejarah kemerdekaan kepada pelanggannya.

Bagi Mie, apa yang dilakukan memberi kepuasan kepada dirinya serta melihat usahanya itu boleh menjadi ikutan kepada generasi muda dan mereka lebih menghargai tanah air serta mengingati jasa dan pengorbanan generasi terdahulu.

“Saya tak peduli apa kata orang…orang nak cakap gila pun saya tak kisah, yang penting saya puas hati dengan apa yang dibuat dalam membangkitkan kembali semangat kemerdekaan khususnya anak-anak muda.

“Hiasan di kedai saya ini juga merupakan hasil idea rakan-rakan dan jiran terdekat yang turut memberi semangat untuk menceriakan kedai makan saya.

“Saya akan sentiasa memeriksa kualiti bendera pada setiap minggu bagi memastikan warna terang Jalur Gemilang akan sentiasa terlihat cerah dan tidak pudar,”katanya.

Mie Merdeka merakamkan gambar kenangan di hadapan gerai makanannya di Jalan Peramu, Kuantan, Pahang.
A group of people posing for the camera

Description automatically generated

Hiasan di dalam kedainya juga buat Dang Sari teruja nak ke sana lagi kerana pelbagai gambar kemerdekaan dan Perdana Menteri yang pertama sehingga sekarang serta logo kemerdekaan dari tahun 1957 sehingga tahun lepas menarik pengunjung untuk meninjau ruangan dalam di kedainya.

Di bahagian luar pula, kedai makan Mie Merdeka menampilkan lanskap dan susun atur kreatif yang dicatkan dengan warna jalur gemilang bagi menonjolkan kelainan, sekali gus menarik perhatian pengunjung.

A group of people standing in front of a flag

Description automatically generated
Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bergambar di kedai Mie Merdeka

Selain itu, khas buat pengunjung pula, korang mampu berbelanja sarapan pagi dan tengah hari dengan harga serendah RM6 sahaja yang menawarkan menu seperti nasi dagang, roti canai, Nasi kerabu dan Nasi lemak bermula jam 8.30 pagi hingga 11 pagi.

Selepas jam 11 pagi, kedai tersebut menawarkan nasi berlauk yang mempunyai 20 menu lauk namun yang menjadi pilihan utama ialah sup tulang dan asam pedas ikan merah.

Terliur pula Dang Sari teringat keenakan lauk yang disediakan di Kedai Abang Mie Merdeka. Jadi, kalau korang nak pergi, jangan lupa roger Dang tau sebab nak join sekali ke sana. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.