Kan dah pesan jangan balik kampung…penumpang bas dari JB ke Kuantan pula positif covid-19

0 Comments

Sebab kes dah jadi serius tentang covid-19, Cik Gaya sangat berminat untuk kita semua fikir sama-sama. Cuba tengok, tempat lain punya cara kuarantin lagi teruk, siap lockdown habis, kita ni cuma kawalan pergerakan je, bukan lockdown. Dan kita masih dibenarkan untuk pergi kemana-mana but disarankan duduk di rumah sebab kita tak nak rantaian covid-19 tu merebak lebih luas.

Benda ni ambil masa 2 minggu untuk pulih sebab itulah jangka hayat covid-19 ni, selepas dari itu ia akan hilang dan mati sendiri. Jadi kita dah selamat dan dapat menurunkan risiko untuk dijangkiti dengan lebih teruk.

Tapi cuba kita flashback balik, lagi PM warning jangan keluar, lagi kita keluar, masing-masing pergi panic buying, orang dah seramai-ramainya beli barang waktu itu, kat situ je covid-19 boleh buat connection, lepas tu pergi balai polis berjamaah untuk ambil borang untuk balik kampung, akhirnya arahan itu ditarik balik sebab terlalu ramai.

Dan kerana ramai juga nak balik kampung, pagi tadi dah disahkan seorang penumpang bas dari JB ke Kuantan positif covid-19, dah la jadi kerja nak panggil balik semua penumpang yang naik bas itu. Ada di antara mereka yang dah sampai di kampung halaman, mereka mesti dah salam-salam dengan family, so family mereka pun mungkin terkena virus covid-19 yang dibawa balik tu.

Nampak kan kerana kepentingan diri ni menyusahkan orang lain yang betul-betul menjaga diri daripada terkena covid-19 ni…

Tu tak masuk lagi dekat pasar Banting yang masih teruskan bisnes jual beli, mereka berniaga seperti tak ada apa-apa yang berlaku, sampailah pihak penguatkuasa datang halau, baru mereka tutup, itu pun ada yang berdegil.

Sebenarnya korang, tak susah pun nak ikut apa yang kerajaan kita dah tetapkan. Cuba tengok kerajaan Arab Saudi, mereka dikuarantin 15 hari tak boleh langsung pergi mana-mana, masjid tutup setiap hari serta Solat Jumaat, orang sakit dan wanita mengandung pun diberi mandatori cuti 2 minggu.

Tapi Iran tak ambil tindakan drastik sepantas itu, akhirnya diaporkan 2 orang mati pada 19 Februari lalu, dan hari ini lebih dari 1000 kematian dicatatkan.

Untuk sekarang ni pula Itali telah mencatatkan kematian lebih banyak dari China sehingga 3405 kematian setakat semalam. malah Gabenor California, Gavin Newsom menganggarkan 56 peratus daripada 25.5 juta penduduk California boleh dijangkiti virus Covid-19 sehingga 8 minggu akan datang.

Sepantas itu boleh berlaku, tapi kita dekat Malaysia ni kesedaran masih lagi kurang. Come on guys, jangan macam ni, kita tak boleh pentingkan diri sendiri, ramai orang suffer kerana kepentingan masing-masing.

Sebab kalau korang dah sakit, memang sukar untuk pulih. Even yang dah pulih pun, ramai yang dijangkiti balik. So bila korang dah start sakit, nak tak nak kena pergi hospital, korang lagi bercampur dengan orang ramai yang sakit di hospital, so anytime korang nak jadi lagi teruk tu ada.

Cik Gaya betul-betul sarankan dekat korang kalau betul ada symptom ni but tak serius sangat, jangan pergi ke hospital dulu, tahan dan cuba kuarantinkan diri supaya kesihatan menjadi lebih baik. Tapi kalau makin korang, so memang tak ada pilihan. U have to go hospital.

Tapi hospital sangat penuh dengan  orang-orang yang sakit, virus covid-19 tu memang ada dekat mana-mana je, dan pihak hospital tidak ada kemampuan untuk merawat orang dengan jumlah yang sangat ramai.

Jadi adalah tugas kita sebagai masyarakat untuk tahu cara apa yang perlu dibuat terlebih dulu jika dikesan mempunyai simptom seperti demam, batuk dan sakit dada.

First thing Cik Gaya pesan kepada korang, hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dulu di talian 03-8881 0200; 03-8881 0600; 03-88820700 untuk buat screening dulu sama ada korang betul-betul dijangkiti atau tidak. Jika positif, korang akan terus dikuarantin.

Sebab kalau korang terus pergi ke hospital tanpa mendapatkan saringan daripada CPRC, korang mungkin boleh menjadi mangsa covid-19 yang seterusnya dan tekanan kepada pihak hospital akan bertambah kerana jumlah peningkatan pesakit yang perlu dirawat.

Please guys, just stay at home. 2 minggu je, bukan lama. Kalau terdapat simptom-simptom yang membimbangkan, hadam betul-betul apa yang Cik Gaya ajar dekat korang tu.

sumber gambar : odisi

Leave a Reply

Your email address will not be published.