Kaki travel boleh bincang dengan hotel untuk tuntut wang semula

0 Comments

Cik Gaya tahu ramai kaki travel yang dah siap-siap booked hotel and transport untuk pergi bercuti, tapi bila berlaku kawalan pergerakan, segala plan korang tergendala sebab tak boleh pergi keluar negara.

Korang fikir kerugian telah berlaku sebab mungkin ada yang book hotel mahal untuk keselesaan, even yang book hotel murah pun tetap duit, terbang melayang macam tu jelah. Tapi dalam hal ni korang perlu fikirkan keselamatan diri sebab covid-19 bukan virus biasa, dia mampu meragut nyawa orang.

Mungkin korang tak rasa dekat Malaysia ni kritikal, tapi setakat semalam Itali dah catatkan kematian lebih banyak daripada China, hampir 4000 kematian. Semuanya berlaku dalam masa yang singkat.

Dalam hal ini, orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak hotel untuk mendapatkan semula wang tempahan yang telah dibuat sebelum perintah ini diumumkan.

Perbincangan itu selaras dengan apa yang dibuat oleh ejen penerbangan untuk mengembalikan semula wang kepada penumpang kapal terbang yang terpaksa dibatalkan perjalanan mereka.

Langkah yang sama dibuat agensi pelancongan Malaysia iaitu Matta sekaligus menyebabkan kerugian RM500 juta yang telah dikutip daripada pelanggan untuk pakej pelancongan selepas bulan Februari.

But benda ni semua atas pertimbangan pihak terbabit sama ada nak pulangkan wang secara penuh atau pun separuh. Sebab tu Cik Gaya kata korang boleh buat perundingan dengan pihak hotel atau transport untuk refund balik duit yang telah diberi sebagai deposit.

Bincang dan explain elok-elok, sure korang dapat balik duit tu. jangan bincang marah-marah. Kalau marah Cik Gaya pun taknak bagi duit korangg hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.