Rasai Pengalaman 3D Melihat Hidupan Laut Di The Shore Oceanarium

0 Comments

Melaka merupakan sebuah destinasi yang terkenal dengan banyak tempat tarikan serta sejarahnya namun antara tarikan terbaharu yang wajib korang singgah ke Melaka adalah The Shore dan layan ikan dekat Oceanarium.

Tempat di sini tidaklah sehebat atau sebesar Aquaria KLCC dan Sealife di Johor itu tapi kalau dekat Melaka ini, apa yang best bagi Dang Sari ialah ini adalah port tengok ikan paling gempak gaiss. Di sini, ada lebih 100 jenis kerang selain daripada ikan dan tapak sulaiman yang boleh dipegang.

A group of people standing in front of a store

Description automatically generated
A group of people in a dark room

Description automatically generated

Di sini korang bukan hanya dapat melihat pameran hidupan laut, tetapi dapat berinteraksi juga dengan sesetengah haiwan. Memang sesuai buat mereka yang ada anak-anak yang sedang membesar. Antara yang menarik di sini adalah:

Pameran Guna 3D Glass

A picture containing person, indoor, standing, man

Description automatically generated
Kredit : Facebook The Shore Oceanarium

The Shore Oceanarium ini ada 3D glass yang membolehkan korang masuk secara maya ke dalam hutan di Pahang dan tempat-tempat lain yang ada di Malaysia.

Di sini juga mereka menyediakan kuiz interaktif. Kalau dekat tempat lain bapa dan anak pusing tengok ikan dan balik tak tahu pape. Dekat sini dengan kuiz, korang akan lebih beri perhatian pada info tentang haiwan yang ada.

Kalau jawab betul, balik dapat cenderamata gaiss…

Interactive Touch Pool

A picture containing person, sitting, swimming, table

Description automatically generated
Kredit : Facebook The Shore Oceanarium
A picture containing person, young, boy, child

Description automatically generated
Kredit : Facebook The Shore Oceanarium

Di sini korang dibenarkan untuk menyentuh pelbagai jenis hidupan laut. Antaranya ikan pari, starfish dan lain-lain lagi. Jadi bagi sesiapa yang ada anak-anak, Dang Sari yakin diorang pasti menyukai kawasan ini,

Shark Quest

A display in a room

Description automatically generated
Kredit : Facebook The Shore Oceanarium
A picture containing man, child, toy, playing

Description automatically generated
Kredit : Facebook The Shore Oceanarium

Ada sebuah patung jerung yang besar di sini untuk anda bergambar. Ini merupakan tarikan dan wajib korang ambil gambar di sini membuktikan korang telah pun sampai di sini. Selain itu, korang juga berpeluang untuk merasai pengalaman berada dalam “Shark Cage”

Ocean Theatre

A picture containing scene, indoor, stage, standing

Description automatically generated
Kredit : Facebook The Shore Oceanarium
A person sitting on a stage

Description automatically generated

Di sini ada sebuah aquarium besar di mana akan ada sessi “Fish Feeding”. Seorang penyelam akan masuk ke dalam aquarium tersebut dan memberi makan kepada ikan-ikan di dalamnya. Selain itu ada juga 3D movie theatre di sini.

The Shore Oceanarium ni terletak di dalam The Shore Shopping Mall, betul-betul di sebelah sungai Melaka. Tempat ni sebenarnya mula dibuka beberapa tahun dahulu, namun pada 1 Disember 2019 yang lalu, ia telah menambahkan lagi tarikan di dalamnya dengan pembukaan fasa kedua.

Tips Jika Pergi The Shore Oceanarium

A picture containing water, stage, man, standing

Description automatically generated
  • Petting pool ada dekat pintu masuk
  • Pergi bilik air awal-awal. Sebab bila sudah masuk, tak boleh keluar dan masuk lagi kali kedua dengan tiket sama
  • Boleh plan untuk ke Toy Museum dan Sky Tower ke sini. Kalau nak bergambar sakan boleh ke The Shore 3D Interactive Park.

Artikel berkaitan
Sedap Bak Hang! Chortiez & Co Tawar Hidangan Burger Tengkolok Yang Unik
Mengkagumkan! 7 Spot ‘Meleleh’ Melihat Aurora Borealis

Leave a Reply

Your email address will not be published.