Dah waktu-waktu cuti ni Cik Gaya tertengok pula filem Dilwale ni, sumpah cantik tempat diorang shooting kan?
Mesti ada di antara korang yang try nak travel ke sana, jom tengok list tempat yang korang boleh OOTD nanti!
1. Scene menari di belakang air terjun – Seljalandsfoss Waterfall
Dalam scene air terjun, perasan tak yang mereka menyanyi di depan air terjun, dan ada yang mereka berada di belakang air terjun kan. Yang part menari di belakang tu adalah di Seljalandsfoss ni.
Air terjun ni senang nak cari kerana kita boleh nampak ia dari Ring Road.
2. Scene menyanyi di air terjun – Skógafoss Waterfall
Sama seperti Seljalandsfoss, air terjun ini juga kita boleh nampak dari jalan besar. Nak panjat ke atas macam Shah Rukh Khan dan Kajol? Pun boleh!
Dah selesai feeling-feeling di kedua-dua air terjun tu, kita sambung pula perjalanan ke tempat bangkai kapal terbang di Sólheimasandur. Dalam setengah jam perjalanan (40km) dari Skógafoss.
Di Iceland ni banyak lagi air terjun yang menarik seperti Gulfoss, Godafoss, nanti singgah juga la ye.
3. Bangkai kapal terbang – Sólheimasandur
Ia terletak di antara Skógafoss dan Reynisfjara. Bangkai kapal terbang ini adalah yang sebenar kejadian. Bukan rekaan ataupun CGI.
Kejadian ini berlaku pada tahun 1973 bila seorang juruterbang Navy US Army terpaksa landing di situ kerana ada masalah semasa penerbangan. Tiada nyawa terkorban. Dan bangkai ini sekarang jadi salah satu tourist spot. OOTD la gaiss, dah sampai kan?
4. Scene pantai berpasir hitam, burung putih – Black Sand Beach, Reynisfjara Beach
Ia adalah top attraction di Vik. Mesti-pergi kekdahnya. Kenapa pantai ni boleh jadi warna hitam? Ia adalah hasil dari kegiatan gunung berapi yang menghasilkan pepasir basalt di sepanjang pantai itu. Pantai ni mendapat jolokan pantai non-tropika yang tercantik tau!
So kalau korang memang nak fefeeling Iceland boleh jugak ke Pantai Pasir Hitam Langkawi. Ambil gambar macam Shah Rukh Khan, orang bukan tau pun, kehkehkeh.
5. Scene menari di basalt column – Reynisfjara Beach
Terletak di lokasi yang sama, kolum atau tiang-tiang berbentuk heksagon ini adalah hasil aktiviti gunung berapi beribu tahun dulu. Rakyat tempatan ada kisah tersendiri tentang tempat ini.
Selain Iceland (ada banyak tempat macam ni di Iceland), basalt column sebegini ada di banyak lokasi lain di dunia seperti Giant’s Causeway di Ireland, The Cliff of Stone Plates di Vietnam, Jusangjeolli di Pulau Jeju dan banyak lagi.
6. Scene iceberg – Jökulsárlón
Ia adalah sebuah lagun glacier yang sangat besar di Iceland. Ia memang sangat-sangat-sangat cantik. Tengok dalam gambar pun dah cantik, bila tengok depan mata, rasa taknak berkelip-kelip. Di sini juga ada boat tour kalau nak tengok glacier ni dari jarak dekat.
Kalau nak hiking atas glasier, boleh lah patah balik ke Skaftafell, dalam 60km macam tu. Pakai kasut bergerigi dan jalan-jalan atas glasier. Syiok ooo.
7. Scene menari atas air – Vestrahorn
Berhampiran Gunung Vestrahorn tu adalah lagun cetek yang cecah kaki ala-ala jalan atas air. Lagun ni bersambung dengan Lautan Atlantik. Jangan terjun laut sudah.
Berhampiran tempat ini terletaknya bandar Hofn. Sila ke sana dan nikmati linguini! (Lobster kecil). Memang puas hati.
Bagaimana Nak Ke Iceland Dari Malaysia?
Tidak ada direct flight dari KLIA ke Iceland. Korang boleh rujuk aggregator seperti Sky Scanner untuk tambang & kapal terbang yang paling memenuhi kehendak ekonomi. Average tiket return dari KL ke Iceland adalah dalam RM4000+ seorang.
Bagaimana Nak Menikmati Dilwale Di Iceland
Cara terbaik dan fleksibel ialah dengan menyewa kenderaan & memandu. Yes, itu yang paling fleksibel.
Waktu Terbaik Berkunjung Ke Iceland
No, u guys boleh singgah bila-bila je yg korang nak.
Namun begitu, di bawah ni sedikit panduan:
• Siang yang sangat panjang di musim panas (midnight sun) – Jun & Julai
• Low season (penginapan lebih murah, sewa kereta lebih murah) – musim luruh yakni dari hujung September
• Aurora Borealis – dari Januari hingga Mac & September hingga Oktober, semasa fenomena ekuinoks (check dulu aurora forecast)
• Iceland berais – Disember hingga Februari
• Malam yg sangat panjang – November hingga Januari
So korang dah boleh plan gais!