7 tips bercuti ke Maldives untuk ladies

0 Comments

Ramai yang menyifatkan Maldives umpama ‘Syurga Dunia’! Sebab tu la Cik Gaya tak heran kalau ramai yang mengidam nak berbulan madu di sana… terutama bagi golongan wanita yang gemarkan percutian pulau! 

Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook, Hawa Mayati , terdapat beberapa tips yang boleh digunakan oleh ladies. Menarik kan? Jom baca tips ni! 

1.   Tempoh ideal travel ke Maldives adalah sekitar 4 hari 3 malam/ 3 hari 2 malam shj 

Aktiviti yang boleh dilakukan di Maldives mungkin sama seperti di pulau-pulau lain. Tempoh yang lebih dari itu boleh membuatkan kita bosan dan tepu, melainkan jenis suka tinggal di pulau.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Maldives adalah night fishing, dolphin watching, sandbank visit, private island day trip, selain daripada water activity seperti snorkeling, kayaking dan lain-lain.

2.   Kalau travel secara berkumpulan, digalakkan bilangan pax adalah genap 

Ini kerana kebanyakan penginapan dan aktiviti yang disediakan di Maldives bagi gandaan dua. Mungkin antara sebabnya, Maldives sinonim sebagai lokasi honeymoon.

Tiada hostel backpacker di sini. Percaturan awal boleh menjimatkan lagi kos-kos berkaitan.

3.   Pakai baju berwarna terang dan bermotif bunga untuk gambar cantik dan ceria! 

Berjalan-jalan di tepian pantai sambil feeling melayan angin sesepoi bahasa, dengan baju flowy macam maxi dress dan skirt pun cantik juga!

4.   Bawa baju material ringan dan mudah kering 

Ladies selalunya travel dengan macam-macam barang dan aksesori, yang sedikit sebanyak menambah muatan beg yang dibawa.

Memandangkan semua itu kadang-kadang tidak boleh ditinggalkan, satu kaedah bagi mengurangkan berat beg adalah dengan cara membawa baju-baju yang ringan dan mudah kering.

Sesudah dipakai, dicuci dan dikeringkan, kemudian boleh dipakai semula. Cuaca panas di Maldives sangat membantu mengeringkan pakaian korang.

5.   Wajib bawa losyen pelindung kulit 

Cuaca di Maldives agak panas. Aktiviti seharian di tengah lautan seperti snorkeling boleh menyebabkan kulit gelap dan terbakar.

Bawalah perlindungan fizikal seperti sunblock dan aloe vera gel. Bagi menambah gaya dan keselesaan, bolehlah bawa beach hat dan shades. Kalau ada yang mabuk laut, jangan lupa bawa ubat tahan mabuk ya.

Kalau korang lupa benda penting ni… habislah… balik ke Malaysia dgn kulit yg gelap. hehe

6.   Bawa banyak bekalan makanan atau kudapan dari Malaysia  

Maldives merupakan negara Muslim, maka agak mudah untuk mendapatkan makanan halal.

Namun begitu, harga makanan di sini agak mahal. Sesekali jika ingin merasa masakan mereka, bolehlah pergi ke cafe-cafe yang berhampiran dengan kediaman orang tempatan, untuk harga yang lebih murah berbanding di restoran.

Tapi jika mahu jimat kos, bolehlah bawa siap-siap bekalan makanan dan kudapan dari Malaysia.

7.   Enjoy sunset & mandi dengan kumpulan wanita secara privacy di Bikini Beach 

Kalau korang tinggal di Maafushi Island, terdapat satu kawasan yang dipanggil Bikini Beach. Pantai ini menjadi tumpuan bagi melihat matahari terbenam setiap hari.

Seperti namanya, ia merupakan satu-satunya kawasan yang membenarkan tourist berbikini di sini. Tempat-tempat lain adalah dilarang.

Sekiranya ladies ingin mandi dan berenang secara privacy, bolehlah sertai kumpulan wanita dan kanak-kanak tempatan di kawasan pantai yang bertentangan dengan Bikini Beach.

Sepanjang kami berada di sini, mereka melakukan aktiviti tersebut sebelum matahari terbit setiap hari. Menarik kan?

Sumber: Hawa Mayati
Gambar : rileklah.com 

Leave a Reply

Your email address will not be published.