Ada 1 tempat menarik yg korang boleh stay, ini betul-betul rare sebab hanya org yg tahan sejuk je boleh stay kat hotel ni.
Hotel ni terletak di sebuah perkampungan kecil Jukkasjarvi, 200 kilometer dari Bulatan Artik, Stockholm dan hanya beroperasi dari bulan Disember hingga April setiap tahun.
Kira-kira 20,000 pengunjung akan mengunjungi hotel ni setiap tahun.
Pelbagai rekaan yg mereka buat sehingga korang mungkin akan terpegun dengan reka bentuknya dan suhunya boleh mencapai sehingga di bawah -5 darjah Celsius!
Mempunyai 35 buah bilik, hotel ini juga dilengkapi dengan pelbagai dekorasi yang dibuat menggunakan ais dan harga untuk satu malam di sini dikatakan lebih mahal dari harga purata hotel tiga bintang di Stockholm.
Jika tetamu memesan bilik jenis suite, ia semestinya lebih mahal tetapi setiap suite akan mempamerkan ukiran serta rekaan artis terkemuka seluruh dunia.
Salah satu bilik di Ice Hotel Sweden ini diinspirasikan oleh fenomena aurora borealis – cahaya utara yang sering berada dalam bucket list para traveller seluruh dunia. Menariknya tentang bilik ini, ia dilengkapi dengan lampu yang boleh berubah warna selain mempunyai ukiran pelbagai bentuk binatang yang diperbuat dari salji.
Walaupun mempunyai hanya 35 buah bilik, secara purata 20,000 orang tetamu akan bermalam di hotel ais ini setiap tahun!
Tetamu juga boleh menikmati minuman di bar yang turut menggunakan cawan yang diperbuat dari ais.
Namun, setibanya musim bunga, bilik-bilik serta keseluruhan hotel akan cair menjadi sungai dan hotel ini akan ditutup sehinggalah Oktober.
Kemudian ia akan dibina semula menggunakan air beku sungai Thorne. Hotel yang hanya wujud pada musim sejuk ini ternyata berjaya menarik ramai pelancong ke kawasan kecil di utara Sweden ini.
korang mungkin berminat baca:
5 tempat percutian nama pelik!
Nak bermesra dengan harimau? Jom ke Tiger Kingdom!