Bali Pulau Paling ‘Instagrammable’ di Dunia!

0 Comments

Walaupun PKP dah dilonggarkan, tapi kita tetap belum boleh fly untuk ke mana-mana lagi sekarang ini. So tatap jelah gambar dan buatlah research dulu tempat terbaik yang boleh dilawati nanti. 

Menurut rating dari sebuah agensi pelancongan Tourlane, Bali menduduki tangga paling teratas bagi jumlah hashtag terbanyak di media sosial Instagram.

Disebabkan populariti pulau dewata yang sangat menakjubkan dan sering menjadi pilihan bagi pasangan untuk berbulan madu, maka tidak hairanlah Bali telah di ‘tag’ tidak kurang dari 60 juta kali di Instagram. 

Tapi memang tak hairan pun sebab Bali memang menjadi tempat tumpuan khususnya bagi mereka yang nak berbulan madu! Hehe 

Antara tempat yang korang boleh kunjungi ialah: 

1.   Pantai Kuta

Pada asalnya, Pantai Kuta merupakan perkampungan nelayan yang aman dengan suasana kampung dan jauh dari pembangunan serta kemodenan. Namun kini, ia telah menjadi kawasan tarikan pelancong, terutama pada bulan Julai hingga Ogos dan musim cuti Krismas dan Tahun Baru.

Kawasan sekitar Pantai Kuta kini dibangunkan dan dipenuhi dengan kedai-kedai makan dan tempat-tempat penginapan termasuklah tempat hiburan. So kalau travel ke Bali, korang boleh singgah ke Pulau Kuta! 

2.   Seminyak

Seminyak

Seminyak adalah tumpuan para pelancong yang inginkan percutian yang mewah tetapi meriah. Di sinilah terkumpulnya tempat membeli-belah, restoran serta tempat penginapan yang mewah-mewah. 

Resort serta hotel di sini kebanyakannya bertaraf antarabangsa dan lengkap dengan spa. 

Kalau korang berhajat untuk hadiahkan keluarga sebuah percutian yang bertaraf 5 bintang di Bali, Seminyaklah destinasi yang ideal buat uols sekeluarga! 

3.  Kampung Penglipuran

Kampung Penglipuran

Kampung Penglipuran merupakan sebuah kawasan kampung tradisional yang terletak di kawasan tanah tinggi 700 meter dari aras laut. 

Oleh kerana ia terletak di kawasan pergunungan, maka cuaca yang sejuk ini membuatkan penduduk setempat menjalankan aktiviti pertanian di sini. Ladang pertanian dan hutan pokok buluh yang agak luas dan terpelihara dengan baik mencantikkan lagi pemandangan Kampung Penglipuran.  

Bersiar-siar di kawasan kampung ini memberi suatu ketenangan dan tak mustahil untuk korang berangan seperti berada pada zaman lampau yang mana kehidupannya tidak disentuh oleh pembangunan. Cool kan? 

4.  Tegallalang Rice Terraces

Tegallalang Rice Terraces

Tegallalang adalah sebuah kawasan sawah padi yang sangat cantik persis sebuah lukisan yang indah dan ia sering menjadi lokasi pilihan ramai pelukis pemandangan. 

Di kawasan sekitar juga terdapat banyak gerai-gerai makan untuk uols sekeluarga boleh mengisi perut yang kosong sambil menikmati pemandangan penuh kehijauan yang terbentang luas di depan mata. 

Walaupun korang bukan pelukis, korang boleh selfie sepuasnya di sini sebagai kenangan once sampai di sini.

5.   Pura Tanah Lot

Pura Tanah Lot merupakan tempat terkenal di Bali, terutama untuk melihat matahari terbenam. Yang uniknya, mengikut kisah lagenda tempat ini merupakan tempat untuk menyerunya dewa laut.

Selain dari itu korang juga mungkin berpeluang bermesra bersama ular ‘suci’ yang jinak dan tidak merbahaya. Pastinya akan memberikan satu pengalaman yang cukup menarik!

korang mungkin minat baca:
AS cadang ‘hantar malaikat maut’ halang penduduk keluar rumah
Malaysia pun ada floating market!

Leave a Reply

Your email address will not be published.