Tanpa korang sedari pemilihan tempat percutian mencerminkan sifat-sifat keperibadian kita sebenarnya. So, jom kenali diri korang dengan lebih mendalam menerusi tempat percutian yang selalu menjadi idaman korang.
Pulau
Keindahan dan kedamaian yang terdapat di pulau pasti dirasai individu yang gemarkan ketenangan. Secara tidak langsung korang dapat melihat pemandangan laut yang terbentang luas… memang best dengan bunyi desiran ombak menghempas pantai seolah-olah menyuntik semangat baru dalam diri.
Kalau pulau menjadi pilihan korang ini bermakna korang adalah seorang yang agak bijak mengawal emosi. Inilah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Malah korang juga boleh dikategorikan golongan yang memiliki sifat jiwa yang agak sensitif dan mudah terasa dan cepat tersinggung.
Bandar Besar
Pemilihan suasana hiruk-pikuk ibu kota supaya tidak merasa kesunyian dan menyifatkan percutian di bandar-bandar besar mampu memberi korang kepuasan yang beza dan lebih eksklusif.
Lazimnya di bandar-bandar besar dapat memberi kemudahan yang banyak dan juga memudahkan perjalanan percutian.
Ini bermakna korang memiliki sifat yakin diri dan tergolong dalam kategori individu yang optimis tapi kadangkala korang ni boleh dikatakan agak keras kepala.
Ada masanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Sifat boros… suka membelanjakan pada perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Taman Tema
Selalunya tempat seperti ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang berkeluarga. Tetapi jangan terkejut beruk plak kerana ada je individu yang suka akan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan di taman tema yang seolah-olah mengembalikan memori zaman kanak-kanak mungkin menjadi tarikan utama.
Maka korang tergolong dalam kategori yang memiliki ramai kawan dan suka menghabiskan masa di luar bersama kawan-kawan. Memiliki sifat sangat disenangi dan mudah didekati ada lah juga sikit perangai keanak-anakan tapi still ok lah.
Bandar Bersejarah
Bandar bersejarah adalah pilihan utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik maka tidak hairanlah ada juga yang menjiwai nilai pengorbanan sehingga menitiskan air mata ketika mengimbau perjuangan orang dahulu. Contohnya di Melaka, sure korang yang datang rasa kagum dengan pengorbanan yang telah ditunjukkan.
Sifat orang yang bercuti di tempat-tempat bersejarah secara tidak langsung mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar ditafsirkan dan difahami. Dari segi penampilan, mereka lebih gemar berpakaian ringkas seolah seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.
Gunung Ganang
Mendaki gunung, berekspedisi dan menghabiskan masa di hutan adalah momen paling indah bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi sasaran utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.
Individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli-belah atau berbual lama di kafe mewah bersama teman-teman. Bagi mereka, sikap begini hanya merugikan dan tidak memberi makna dalam hidup. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka selain lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka lazimnya bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.
korang mungkin min baca:
AS cadang ‘hantar malaikat maut’ halang penduduk keluar rumah
Malaysia pun ada floating market!