Alohomora! Kafe bertemakan Harry Potter dah ada dekat Malaysia rupanya gaiss! Ini membuatkan Dang Sari nak cakap yang peminat Harry Potter di Malaysia wajib lawati kafe ini juga.
Walaupun bukannya kafe official daripada Warner Bros. Studio, tetapi jika korang yang ingin rasakan bagaimana menjadi seorang penuntut di Hogwarts, silalah ke Hedwig Books and Café ini.
Kalau kita lihat dalam filem Harry Potter, pasti korang boleh relatekan dengan dekorasi yang ada di café yang terletak di Kota Bharu, Kelantan ini.
Menurut pemilik café ini, Raiha Hanafi, beliau mendapat idea ketika belajar di San Diego, Raiha yang berhasrat membuka sebuah book café kerana dirinya sendiri memang minat untuk membaca buku di samping anak-anaknya amat minat dengan Harry Potter.
Kalau korang tengok di gambar, rasa macam nak naik penyapu terbang dan terus ke café tersebut. Tambahnya lagi, beliau ingin mengembangkan cafenya ke Kuala Lumpur sekiranya sambutan di sini amat mengalakkan.
Harapnya cepatlah sikit kan gaiss. Ataupun, jom kita ke Kelantan!
Artikel berkaitan:
6 Makanan Eksotik Halal Wajib Cuba di Malaysia