Jom Lupakan Dunia Realiti Sebentar di The Rift

0 Comments

Buat pembaca Dang Sari yang ingin merasai sendiri dunia VR bersama sama rakan rakan dan keluarga anda, jom ke The Rift, Mid Valley dengan lebih daripada 20 tarikan yang mempamerkan pelbagai teknologi VR berteknologi tinggi.

Tempat ini dipenuhi dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan. 90% adalah semua realiti maya menggunakan peranti oculus. Grafik yang digunakan adalah hebat dan ia kelihatan real.

Kredit: The Level My

Salah satu tarikan yang paling menarik ialah Zero Latency di mana korang dan rakan-rakan diupah untuk membunuh sekumpulan robot. Korang akan diberi mask VR, earphone dan microphone untuk berkomunikasi dengan rakan sepasukan dan diberikan pistol untuk misi anda. 

Ia umpama bermain laser tag di dalam dunia maya. Sangat best dan real. Selain daripada itu, ada lebih kurang 20 permainan lain yang menarik seperti Motion Blaster, Hurricane, Holodek dan lain lain yang boleh dicuba. Korang juga boleh cabar diri untuk terjun dari ketinggian bangunan tingkat 3 di The Leap.

Kredit: Blooloop

Bagi keluarga besar, selain The Rift yang dibuka kepada mereka yang berumur 7 tahun ke atas, The Rift Junior pula menyediakan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan bagi mereka yang berumur 3 tahun ke atas. Jadi bolehlah bawa segerombolan ahli keluarga anda ke sini.

Tetapi dengan kelengkapan VR yang sangat canggih ini, harga untuk masuk The Rift ini boleh tahan keras dan mahal jugalah namun The Rift tetap menawarkan beberapa pakej dengan harga yang bersesuaian.

Artikel berkaitan:
5 Hotel Dengan Rekaan Unik Yang Wajib Anda Kunjungi
7 Lokasi ‘Insta Worthy’ Di Singapura Yang Wajib Anda Pergi

Leave a Reply

Your email address will not be published.