Kalau korang tengok sebelum ni dekat China mengamalkan penjarakan sosial dengan memakai topi ala dinasti Song, kini di Jerman pula mengggunakan cara yang unik untuk menjaga jarak 1 meter dengan orang sekeliling.
Kafe Rothe Schwerin di Jerman telah mengambil pendekatan unik tetapi berkesan apabila pelanggan perlu memakan ‘topi helikopter’ ini apabila makan di kafe mereka.
Mereka menggunakan pool noodles supaya ia tidak berat apabila dipakai oleh pelanggan.
Ia sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada pelanggan untuk tidak duduk terlalu rapat antara satu sama yang lain. Sekiranya topi berkenaan bersentuhan antara satu dengan yang lain, ini bermakna korang terlalu rapat dengan individu di sebelah korang.
Walaupun ramai yang melihatnya sebagai satu jenaka, tetapi ramai yang memuji inisiatif kafe berkenaan dan secara tidak langsung ramai yang mahu ke kafe berkenaan untuk mencuba topi helikopter berkenaan. Pelayan makanan juga turut menjaga kebersihan premis dan makanan dengan memakai pelindung muka apabila mengambil pesanan dan menyediakan makanan.
Namun menurut pemilik restoran berkenaan, pemakaian topi helikopter berkenaan hanyalah one-time event sahaja (sempena pembukaan semula kafe berkenaan) dan pelanggan tidak perlu memakai topi berkenaan setiap masa.
Tetapi jika ada permintaan, mereka akan beri anda pakai topi berkenaan.
Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju