Kalau korang bercuti di Bukit Fraser, banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya, mendaki!
Untuk mendapat pengalaman penuh semasa di sini, korang seharusnya mendaki sekurang-kurangnya satu laluan yang tersenarai di sini. Sebab tempat dia memang cantik dan nais!
1. Pine Tree Hill
Pine Tree Hill adalah laluan mendaki setinggi 1,500 meter. Dakian boleh dimulakan daripada Jalan High Pines, sebelum banglo dan selepas Seri Intan. Jejak ini adalah kira-kira 5.5km panjang, dan ia menjadi laluan ‘trekking’ yang paling mencabar dan paling sukar di Bukit Fraser. Bagi korang yang inginkan cabaran, bolehlah cuba mendaki laluan ini.
2. Maxwell Trail
Maxwell Trail adalah laluan hutan yang bermula daripada pintu masuk Jalan Quarry dan terletak di sebelah sekolah dan Corona Nursery. Jejak ini adalah yang paling jarang didaki kerana kawasan berlumpur yang ditutupi dengan ratusan daun-daun yang gugur. Tambahan lagi, laluan ini juga ada banyak lintah, jadi korang disarankan untuk membawa garam bersama.
3. Bishop Trail
Laluan ini sangat unik kerana korang akan dapat memerhati burung sambil menikmati pemandangan lanskap yang sangat damai ini. Hutan hujan ini menghasilkan kanopi yang padat, membuatkan korang berasa tenang dan sejuk sepanjang perjalanan. Sesuai bagi mereka yang inginkan ketenteraman daripada kesesakan bandar raya.
4. Abu Suradi Trail
Abu Suradi Trail adalah dakian singkat sepanjang 500 meter yang sesuai untuk semua peringkat umur. Laluan bermula dari Jalan Genting yang bertentangan dengan masjid, mendaki cerun yang sedikit curam sebelum berpecah ke laluan seterusnya. Kepada anda yang baru-baru nak cuba mendaki, bolehlah cuba di sini.
5. Hemmant Trail
Hemmant Trail bermula dari kawasan rumput di belakang masjid di sepanjang jalan Genting, yang bertentangan dengan permulaan jejak Abu Suradi. Ia adalah laluan mudah 1km dengan pendakian yang sederhana.
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak